Wednesday, December 16, 2015

Istikharah Cinta

Pergh....tajuk tak nak kalah....seram pulak aku baca tajuk tu..dah kenapa..gatal nak kawin???

relax,relax...ni tajuk lagu la...istikharah cinta nyanyian Sigma. best lagu ni..ce bukak dengar..sekejap rancak sekejap slow..

bila aku dengar lagu ni, mesti teringat kat novel 3T= tunangku tidak tampan. dia macam ter relate sikit..apahal tah..

ni aku tulis ni bukan nak cerita pasal novel sendu tu..aku nak cerita pasal mimpi seram aku semalam. seram dia lebih kurang tajuk entri ni..

aku mimpi aku terminat dekat penulis novel tunangku tidak tampan.eh,bukan terminat..tersuka..ahh..lebih kurang la tu..dalam mimpi tu dia gemuk kata kau..haha..macam la aku kurus sangat..kiranya dalam mimpi tu dia ni macam satu kelas, kawan kepada kawan aku, tak pun aku memang kena hadap muka dia hari-hari la gitu..dia dapat tau yang aku suka dia..so, setiap kali kami terserempak, dia macam malu-malu dengan aku. aku pun malu-malu kucing dengan dia sebab aku tau yang dia tau aku suka dekat dia..fuuhhh..ayat berbelit-belit.. kiranya dalam scene mimpi aku semalam tu memang sesuai la kalau nak taruk background music lagu istikharah cinta ni..haha..seddih...mimpi je la mampu..real life memang tak kan jadi punya..haha..berangan la kau..

okeh,,memory aku pasal mimpi tu dah berkurang sebenarnya..nyesal pulak tak catit bila bangun tadi..rajin pulak kan nak catit..

k ahh..bye..satgi aku letak lagu istikharah cinta dekat blog ni..okeh...

Thursday, November 26, 2015

manusia yang aku sokong

sebenaqnya, memang dari semalam lagi aku berniat nak update blog ni. tapi dengan tajuk yang berlainan. semalam aku bercadang nak review novel yang aku baru habis baca. 3T. Tunangku tidak tampan. tapi hari ni bila mangkit dari tidoq, aku terasa nak update pasal benda lain. sebab satgi kalau lama-lama aku takut lupa..

macam ni ceritanya.

ada seorang hamba allah yang aku sayang. lelaki. bukan ayah aku. bukan adik beradik aku. tapi yang pasti dia special kepada aku. dia ada masuk satu pertandingan ni. dia lebih kurang macam pertandingan reka cipta yang budak art and design duk masuk. tapi , ni lagi advance sebab involve robot. aku dah pernah tengok produk ciptaan dia dan pesaing yang lain. tapi aku tetap nak pi sokong dia pada hari pertandingan.

nak di jadikan cerita, pada hari pertandingan, dia dah lengkap pakai uniform. maybe uniform tu dah di khaskan untuk team dia. aku pakai baju biasa ja la..dah penonton kan. aku mula-mula temankan dia pi tempat pertandingan. pastu dia kena pi ready apa yang patut agaknya, so dia tinggalkan aku dengan kawan aku, si zaida. aku pun berjalan la dengan zaida pi stadium mini. tempat pertandingan di jalankan. tiba-tiba aku teringat yang aku tak bawak handphone. macam mana la benda yang paling penting macam tu aku boleh lupa bawak. macam mana aku nak ambik gambaq satgi?

aku tanya zaida. pertandingan dah nak mula kan. ya..pertandingan dah nak mula. orang dah penuh kat stadium. mukadimah pertandingan dengan tembakan bunga api pun dah nak start. so, aku tak jadi balik amik handphone. kami sampai kat tempat duduk penonton. aku terserempak dengan wani silat. salam, peluk cium la sebab lama tak jumpa. lepas tu terserempak pulak dengan liesa silat. aku hulur tangan nak salam dengan dia. dia sambut. nak peluk dia. dia tak mau. liesa macam marah dekat aku. sedih aku.

lepas tu, pertunjukan bunga api pun bermula sebagai mukadimah pertandingan. semua penonton terpesona habis. lepas tu, semua peserta turun serentak ke tengah tempat pertandingan dengan barang-barang depa. semua peserta mula pasang. penonton reyuh tak sangga. duk sokong kawan-kawan depa. aku duk cari gak team orang yang aku sayang tu. jumpa. aku tengok depa duk pasang benda tu dah dekat separuh jalan. tapi, macam ada masalah. macam stuck. last,depa tarik diri. lepas tu, rasanya team depa balik terus. down mungkin. aku tak terus balik. aku terus lagi tengok pertandingan tu. sampai la peserta yang duduk hujung sekali berjaya hidupkan robot jerung depa yang boleh menari.

lepas tu, aku dengan zaida pun balik. kami tak kesah dah sapa yang menang. kami nampak dekat kelas, macam banyak sangat binatang. aku masuk dalam kelas, pi tanya depa, ni sekolah ka zoo?? ya, niat sebenaq nak tanya depa, mana lelaki kesayangan aku. aku nak pi bagi kata semangat kat dia. tapi aku macam terpukau tengok binatang banyak sangat. pelik-pelik pulak tu. yang kawan-kawan aku dalam kelas tu, dok panggil nama aku suruh masuk.

"mai la shue"

depa suruh try pegang satu binatang ni. kecik. comey. nak kata kucing dak. kucing kalau kita pegang, halus, lembut ja..ni bila pegang macam ada renjatan. macam sedut tangan kita. lepas tu kawan aku kata, try tutup lampu, mesti menyala keluaq api. aku kata, tutup lampu, hampa buat aku marah..


depa pelik..

aku kata, tutup la lampu.

aku dah sedia dah nak petik jari aku.

depa pun tekan suis lampu..

dan alarm phone aku berbunyi..sekian..

Saturday, November 21, 2015

Relevankah buku di jual dengan harga yang mahal??

hello penggemar buku sekalian...

baru-baru ni, aku ada membeli buku (novel) yang bertajuk "tunangku tidak tampan". pengarangnya ialah rusydi/abang bikai/encik sederhana. ekceli aku memang minat dengan posting atau status encik sederhana. memandangkan beliau telah menerbitkan sebuah novel seperti tajuk yang di atas, aku pun tertarik untuk membeli. memandangkan encik sederhana merupakan seorang lelaki, dan aku percaya novel nukilan seorang lelaki lebih bermutu daripada novel nukilan beberapa orang perempuan *cough*. aku pun whatsapp encik sederhan bertanyakan hal buku. percaya atau tidak buku cetakan pertama dan ke dua sudahpun sold out. jadi kepada encik2 yang sudahpun menjadi viral di laman sosial seperti mat luthfi, amran fans,dan encik sederhana, bolehlah mengeluarkan buku. pasti laris bagai pisang goreng.

berbalik kepada insiden jual beli buku, aku agak terkejut dengan harga buku tersebut. RM57. fikir 2 kali jugak nak beli. maklumlah, aku bukannya punya kerja tetap lagi. jadi, fikir punya fikir, aku dah pun baca hampir 10 chapter novel tu. maknanya, aku dah pun berjaya beli novel tu.

persoalannya, relevankah buku di jual dengan harga yang mahal?

1. mahal itu subjektif. mahal bagi aku mungkin murah bagi orang lain. yang penting kualiti. kalau mahal tapi kualiti rendah, tak guna jugak. tapi kalau mahal, kualitinya bagus, insya allah relevan.

2. buku itu cetusan idea. sesetengan penulis membuat kajian yang terperinci sebelum menulis buku. kajian memerlukan masa. tak semua orang boleh mencetuskan idea yang sama. kecualilah kalau ianya cetak rompak karya penulis lain. tapi buku ini lain dari yang lain.maka ianya relevan

3. masa. ingat senang nak luangkan masa untuk menulis cerita, aku tahu sebab aku pun pernah banyak kali tergendala menulis cerita. seingat aku, hanya satu cerita yang siap aku karang. entah mana hilang sekarang.

4. modal dan keuntungan. novel itu bukannya di upload dalam bentuk digital. ianya dicetak di atas kertas. kertas itu perlukan modal. sang penulis juga mahukan pulangan. jadi, sudah tentu ianya relevan.

plus, aku dapat 4 mini poster karya encik sederhana. ingat senang??

maka, konklusinya buku relevan di jual dengan harga yang mahal..

Thursday, July 16, 2015

Rumah


“What? Pindah?”

“Ya, Pindah.”

“But, why? Kami baru nak sesuaikan diri dekat sini. Dah kena pindah lagi.”

“Nak buat macam mana. Ayah di tukarkan ke sana.”

“Mana pulak kali ni?”

“Negeri mana?”

“Bandar mana?”

“Rumah taman?”

“Dekat tak dengan mall?” Soalan bertalu-talu di ajukan.

“Well, ada good and bad news.” Ibu melirik ke arah Ayah.

“Apa yang good?”

“Tempat tu di jamin tak kan jam. So, boleh keluar lewat kalau nak ke sekolah atau office.”

“And the bad news?”

“Kita akan duduk rumah kampung.”

Reaksi berbeza di berikan.

“Not bad..” Komen Along.

“Macam mana Allong tau not bad?” Sanggah Angah.

“Mesti jauh dari mall..Nyamuk, village people, no public transport. Oh no…” Adik mula risau.

“Well, suasana segar..No jam. Boleh keluar lewat. Gadis kampung. Not bad la bagi Along.”

“Klishe la Along ni. Mana ada kampung yang macam tu dah sekarang ni. Ramai orang kampung yang dah ada kereta la. And, gadis kampung yang macam mana Along maksudkan? Gadis kampung zaman sekarang macam taka ada beza je dengan gadis bandar.”

“But still no jam. Lalala..” Along memang tak suka terperangakap dalam kesesakan lalu lintas. Along tak suka buang masa. “It’s going to be all right la Angah, Adik.” Ayah yang sedari tadinya diam mula bersuara. “Pasal sekolah, Ayah sendiri yang akan hantar Angah degan Adik. Tak pAyah naik bas lagi.”

“Tapi kan Ayah, Angah dengar orang kampung ni busy body sikit. Suka bawak mulut.”

“Angah..Tak semua macam tu la..”

“Entah Angah ni. Dia tu pun busy body.” Sakat Along.

“Tapi Ayah, susah la Adik nak keluar nanti. Public transport mesti susah nak dapat. Mall mesti jauh.”

“Ha..bagus la tu. Tak ada la hilang je. Adik tu dah la jarang lekat kat rumah. “ Sakat Along lagi. Ayah senyum. Seolah-olah mengiyakan kata-kata Along.

“Bila kita nak pindah Ibu, Ayah? “ Soal Along.

“Hai Along, excited Nampak. Nak cari jodoh gadis kampung ke..? “ Giliran Angah menyakat Along.

“of course la. Along kan dah lama membujang. “ Balas Along.

“Insya Allah, bulan depan. Kita dah kena start kemas barang dah. Along esok tolong carikan kotak ye. “ Pinta Ibu.

“Baik bu. “ Along membuat tabik hormat.


“Kak. Dulu sebelah rumah kita ni ada orang duduk tak? “ Tanya shira kepada Suhana.

“Kenapa kau tanya? “

“Curios.“

“Hmm..Ada. “ Jawab Suhana sepatah.

“Mana diorang pegi kak? “

“Setahu akak la, si isteri tu orang thai. Then, dia revert to Islam. Kahwin dengan orang sini. Dapat sorang anak. Tak silap akak, nama dia Ridzman. Lepas beberapa tahun, si suami tu meninggal. Lepas tu, isteri dengan anak dia pindah tempat lain. Sebab isteri dia kahwin lain.” Terang Suhana.

“Lepas tu kak? “

“Lepas tu ada satu keluarga lagi tinggal kat sini. Tapi kejap je. Lepas tu diorang pindah. “

“Owh..ye ke. Dah berapa lama rumah tu kosong kak?”

Suhana memikir sejenak. “Berbelas tahun jugak la. “

“owhhhhhh.. “

“Dah, tidur. Esok kau tu nak sekolah. Dah la susah nak bangun. “ Arah Suhana.

“Akak tidur la dulu. Shira nak berangan kejap. “

“Eh kau ni, kecik-kecik dah pandai berangan. “

“Habis kak ingat kak sorang je boleh berangan? “ Balas Shira.

“Dah, berangan la kau. Aku nak tidur. “ Suhana terus menarik selimut. Selang beberapa minit, Suhana sudah berlayar kea lam mimpi. Yang tidak berwarna.

Tiba-tiba, Suhana terdengar bunyi deringan yang kuat. Sejurus itu, kedengaran suara wanita menjerit dari kejauhan. Telinga Suhana berdesing. ‘Not again.’ Suhana cuba menggerakkan badannya. Seluruh keringat di kerahkan. Namun, badannya seakan lumpuh.

Dia cuba bersuara memanggil Shira. Namun sayang, suaranya tersekat di kerongkong. Dia cuba membaca ayatul kursi di dalam hati. Bacaannya langsung tak sempurna. Tunggang terbalik! Suhana tidak dapat menghabiskan bacaannya.

Sejurus itu, Suhana dapat merasakan kaki kanannya terangkat. Diikuti kaki kiri. Sehinggalah seluruh tubuhnya terangkat.dan melayang di tiup angin. Namun, Suhaja tetap tidak boleh membuka mata. Kemudian, dia merasakan tubuhnya yang melayang menjunam mendadak ke bawah.

Suhana terus membuka mata. Dia berada di katilnya. Tubuhnya terasa letih sekali. Peluh memercik di dahi. Jantung Suhana berdebar kencang. Pernafasannya menjadi laju. Seakan baru menamatkan larian 100 meter. Suhana beristighfar. Ini bukan kali pertama. Tapi ini merupakan kali pertama dia ‘terbang’. ‘Terbang di alam yang penuh misteri. Suhana yakin, yang dia tidak bermimpi.


Aizat berjalan-jalan di sekitar situ. Tempat itu gelap, suram seperti biasa. Seperti ketika pertama kali aizat melawat tempat itu. Semuanya tidak berwarna. Seperti tayangan cerita melayu dahulu kala.

Perasaan aizat bercampur-baur apabila berada di sini. Ada kalanya dia senang. Ada kalanya dia berasa takut. Bergantung kepada suasana ketika itu.
Aizat senang boleh melayangkan diri dari satu tempat ke satu tempat. Dia boleh berada di mana sahaja dia mahu dalam sekelip mata. Sehinggalah dia sampai di suatu tempat. Di kejauhan dia ternampak susuk tubuh seorang perempuan. Dengan pakainannya yang serba indah. Namun ajahnya seperti risaukan sesuatu. Seperti orang hilang arah. Aizat cuba menghampiri. Namun sejauh mana pun aizat berjalan, dia tetap tidak dapat menggapai perempuan itu.

“Along. Bangun..”

Aizat sedar pengembarannya tertangguh di situ. Dia harus segera pulang.

“Along..Bangun la cepat.”

Aizat memejamkan matanya. Tubuhnya terasa seperti di sedut oleh satu kuasa magnetic. Aizat bangun lantas menggeliat.

“Yeahhhhh!!!!”

“Ha..bangun pun. Cepat la Along. Mandi. Siap. Ibu cakap pukul 9 dah nak gerak. “ Angah dah tercegat depan pintu.

“Gerak pergi mana?” Aizat masih lagi mamai.

“Hari ni kan kita pindah. Mamai la tu.” Jawab Angah sambil berlalu pergi.

“Owh..heh.” Aizat tersengih. Dia teringatkan mimpinya tadi. ‘Siapa perempuan tu? Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni?’ Aizat bermonolog sendiri.

Friday, April 10, 2015

Lari review first episode

morning...*baca dengan nada george weasley*

last last entry aku ada cerita pasal rancangan Lari yang khabarnya ada meniru rancangan Runningman yang meletop tu. tapi, aku ada cakap kita tak sepatutnya judge rancangan tu sebelum kita tengok. so, semalam aku dah pun tengok Lari episod pertama. mai aku nak highlight apa yang ok dan apa yang tak ok.

FAKE!!

waktu para peserta baru melangkah ke tempat game, tiba-tiba datang bodyguard bawak diorang. ala..macam cerita runningman. tapi, seriously aku cakap scene tu nampak fake gila. seolah-olah diorang dah diberitahu yang diorang akan di tangkap oleh bodyguard. lepas tu seolah-olah diorang di suruh untuk buat-buat terkejut.

kurang jelas

apa yang diorang bualkan kurang jelas. begitu jugak dengan misi diorang. penonton tak faham sangat apa yang diorang patut buat.

scene sentuh2 peluk2

the only flower kat dalam cerita tu kena singkirkan diorang semua. aisya kena cop dekat anggota tubuh diorang. maka. ada la aksi2 aisya pegang dahi, pegang tangan dan ada yang sampai peluk2. tak extreme tapi cukup la menggambarkan aisya tu perempuan yang macam mana. but, the fact yang di peluk tu tak rela dirinya di peluk. dia siap cakap lagi. "hei,apa peluk2 ni. aku sembahyang lima waktu la.." and then bila dia dapat tau yang aisya tu hunter, dia pun maki lah..tak sporting tapi, character masing-masing kan.. nak buat macam mana.

hadiah mewah

runningman first episod cuma denda yang kalah je. setelah rancangan tu berjaya dan worlwide, baru diorang bagi hadiah yang hebat-hebat. tapi Lari ni first episod dah bagi gold. berani betul diorang tanggung risiko. siapa la taja diorang tu. macam yakin je program tu nak berjaya.


itu lah kot serba sedikit yang boleh aku komen. apa? tak ada yang ok? memang tak ada yang ok pun. setakat ni lah.. walaubagaimanapun, i am looking forward toward next episod.

Tuesday, March 24, 2015

A trip to "Wang Kelian"

Last Saturday, my brother, sister, father and I went to "Wang Kelian". The place that you should go other than "Padang Besaq" when you visit Perlis. This is because you can put one of your feet in Thailand and the other feet in Malaysia. Yes, I did that.
On the way, my father said the route was like road to Cameron Highland. My brother, sister and I said that we never go there. And then my father said, "aku pun tak penah pi. Tengok dalam gambaq ja." I never go to wang kelian before. This is my first time. My father park the car right before the custom. we walk for almost 10 minuter to reach there. That was a new experience to me.
The way of Thailand people doing a business, selling thing are differ from us, Malaysian. I do not know what is the differences. Oh ya, Wang Kelian selling cheap thing because there is no taxes, except for some product.
The first thing i bought was "ais goncang". Because the weather was so hot.And we keep stopped at shop that sell sunglasses. the price; RM10. yeah, the currency was still in Ringgit Malaysia. I want to buy it. But i afraid i will not wear it because of shyness. eventhough my eyes were very sensitive towards sunlight.
we also keep visiting toy shop that sell toy helicopter. my father want to buy a dron. the helicopter invented in 3 idiots movie. the price was quite affordable. Rm220. But think of my mom would chase my father with "golok" even she is bedridden, my father did not buy it for her sake.
the food there were very tempting too. i feel like i was in Running Man show. walking along Thailand food street. the packaging was differ from us.
my sister got a present. my father bought her a doll. with only RM10. she was so happy because last time she receive a doll or toy was years ago. she rarely had a toy. unlike me. and her brothers.
we bought some "cekelat", "biji jangguih", and other food. I did bought a shirt for my sister. and a jersey for me. unfortunately the jersey did not fit me well. so, i decide to wear it in the house only.
my sister bought my mom a couple of brooch. and she bought two set of keychain for herself. the fact that she choose the brooch by herself, but i am the one who paying for that.
for lunch, we buy "pulut ayam". the trip was so tiring but enjoyable. my sister keep saying "sakit kaki", "lapaq", and "bila nak sampai ni". well, she rarely went for a long journey.
i was so dissapointed when my jersey did not fit me well. so, i bought to t-shirt at c-mart Arau. one for RM5. hell yeah. not dissapointed anymore. my intention to buy some scarf there were also did not come true. so, i ordered it from my friend since she sold it for RM5 per scarf.

sorry for my broken english. i did my try though.

Monday, March 23, 2015

Harry Potter and I

Many doesn't know. That i have a sickness. Yes. I have a sickness. Called Epilepsy. It was called "sawan" in Malay. yeah, the sickness that often being played off.

i begin to have the symptom in my primary school. I often got confuse. Until one day, in fasting month, i was played with my cousin. And then i went unconscious and i end up crying on my mom lap. My aunt said that i went to kitchen and talk something to her. i did not even remember about that. While i am in unconscious state, it is not me who control my body. My family thought it may be had something with syaitan..But hey.. it was fasting month..

the sickness went bad when i am in my secondary school.. My seizure come almost every month. I had get an alternative treatment since the doctor keep giving me paracetamol when i seeing them. But when i am in form 3, one doctor give one suggestion to go the the expert. I take the advice and go to the expert. that it when i know that i have this sickness.

But hey, what is the relation between my sickness with Harry Potter??

It is the symptom. when I have a seizure, it was like when Voldemort trying to get into Harry Potter mind and controlling him. In Harry Potter and the order of the phoenix, when the twins make the OWLs examination go rumble, and everyone were celebrating that, suddenly Harry Potter collapsed to the floor. That was like when me having a seizure. And it was more worse than that. I also can see my previous seizure. It was like dementors are attacking me at the same time.

When I watch Harry Potter and when the voldemort try to control his mind, deep in my heart , i said..Harry, i know how you feel.

Sorry for my broken English. English isn't my first language though..

Friday, March 20, 2015

aku dan selena gomez

morning...

sebenaqnya tadi atas moto banyak benda aku nak tulis kat sini. mai duk depan pc terus lupa. oh ya..kelmarin(yesterday) ayah aku suruh transfer duit dari akaun bsn ke maybank. so, maknanya hari ni aku kena keluaq rumah awal sebab nak singgah atm dulu. pastu dalam pukul 7.20 macam tu aku pun gerak la..jalan sikit, rasa lain macam..rasa ringan ja kepala ni..chehh..helmet lupa pakai..nasib baik dekat dengan rumah lagi. patah balik. pastu bawak moto laju gila..*xdak la laju sangat*..sampai dekat BSN, aku dah siap2 nak transfer dah..Tengok2 note (tempat aku simpan no akaun) damn...hilang kot..baru aku ingat hari tu aku ada clear data. sebab handphone memory full. selalu kalau clear data tak hilang pun yang dalam tu. di sebabkan jam dah pukul 7.40. dengan perut yang memulas pagi-pagi, (perut aku memang memulas kalau aku breakfast), dah tu aku yakin aku takkan dapat reply yang segera kalau aku text ayah aku waktu tu. so, aku decide untuk pi kerja dulu.. satgi rehat pukul 12, sempat la kot nak pi transfer sat. oh ya..kemarin aku ada tanya adik-adik aku, sapa yang volunteer nak basuh moto aku. aku cakap nak belanja makan. adik aku yang paling kecik angkat tangan. aku rasa macam tak membantu ja budak tu. tak pa la..hari ni belanja pizza la..aku pun teringin nak makan.

okeh...back to tajuk..kelmarin, disebabkan aku gila bosan tak tau nak buat apa. aku terfikir nak download apps perfect 365. apps virtual make over. so, aku download apk kat pc and transfer kat phone. aku pun main la..apps tu best. dia boleh kecikkan muka, mancungkan hidung, smoothkan kulit muka. memang glowing ah kulit muka nanti. apps tu bagi 4 model dengan jenis kulit yang berlainan. sorang minah dan mat saleh. sorang asian. dan sorang orang kulit hitam. since aku dah bosan dengan model tu, aku edit la gambar sendiri..maaf, gambar terlalu cantik. tak mampu nak upload.

bila aku tengok gambaq tu, aku macam..erm..betul ka aku ni..macam pondan ja..nak menyedapkan hati, aku kata la.."relax..maybe hang tak pandai make up kot." so, aku guna function today look. dapat la yang segera. pastu aku try download gambaq selena gomez. aku pun contiang2 la muka dia. pergh..cantik siot...letak la rambut macam mana pun kat dia..contiang la macam mana pun..tetap cantik..

tu la orang kata, kalau hang buruk tak cantik, make up biaq kena cara..baru cantik sikit. tapi kalau hang cantik, make up p la macam mana pun, tak make up pun dah cantik..phuii...

Thursday, March 19, 2015

Harry Potter

hello potterhead semua..

kalau hampa peminat setia Harry Potter mesti tau Potterhead tu apa. dan mesti ada akaun Pottermore.


tengok gambar di atas. orang biasa akan cakap ni simbol illuminati or freemason. tapi, Potterhead akan cakap, ni simbol deathly hallow. hehe..

semalam baru habis tengok cerita last Harry Potter. Lepas tu baru scroll down kat google plus community Harry Potter fans. sebab tu buat entry pasal ni.

sebab aku suka sangat cerita Harry Potter

1. aku suka cerita thriller. since HP merupakan cerita thriller, memang sesuai sangat lah dengan minat aku.
2. cerita yang genius. plot dia menarik. tak meleret macam cerita melayu mahupun yang serumpun dengannya.
3. aku suka tengok karakter dia mengembang membesar. dari kecik comey, sampai besaq.
4. ending yang happily ever after. walaupun ramai yang mati. maksud aku watak tu mati.
5. karakter yang menarik. aku paling suka twin george dan fred.
6. bagi kesan kepada penonton. cerita yang boleh buat aku cakap "aww".. aku tersentuh dengan cerita tu.
7. quote yang menarik. "after all this time??" "Always.." OK,it is not a quote. tapi dialog. dialog yang menarik. "I did my waiting. Twelve years of it. In Azkaban." "Turn to page 394".
8. British accent. bagi aku, british accent sangat la menarik. kalau aku ada british accent. aku takkan stop speaking.


dan lain-lain..bagi aku..JK Rowling adalah genius. Pengarah cerita ni pun tersangat la genius..

Wednesday, March 18, 2015

rewrite..mana pi blog mat luthfi???mana??

tadi dah tulis pasai ni..tapi hilang atas kecuaian aku..ceeee,,

pendek cerita..aku dapat rasa yang catatan mat luthfi adalah based on blog dia yang aku tak pernah baca. so, aku decide untuk bukak blog tu lepas solat. tapi, bila aku bukak, blog tu tersangatlah amatur!! lagi amatur dari blog aku. and i was like..owh, maybe he is so famous. bak kata mama dia "blog hang macam tu pun ada orang baca." then tetiba aku realize yang tu bukan blog dia yang betul. so, aku keep search blog dia yang ori. jumpa satu blog domain matluthfi90.blogspot. bukak-bukak tengok, no post. then tengok tepi ada gambaq pompuan mana tah dok posing..dia ingat cute la tu..seriously guys..menggunakan nama orang lain untuk mem famouskan blog sendiri adalah sangat tak COOL!! sangat tak cool okay...

p/s post tadi ada aku rant pasai network problem..malas aku nak maki banyak kali..aku tak tulis balik..

Network error

gila pig betoi..

tadi aku duk rant pasai blog mat luthfi..pastu aku ada terperasan yang button bold, link kat atas ni tak boleh nak click. then, aku memandai la buat cara manual. pastu aku dengan pandainya tak save, terus aku preview. lepas tu apa aku dapat?? "whopps..network error." kepala hotak dia.. aku pun patah balik la..damn!! habih hilang benda yang aku rant tadi..grrrrr..apa masalah hang ni network oiii...

Friday, March 6, 2015

Beza blog best dengan blog tak best

Hai bloggers hensem dan comel sekalian..

time menaip ni,dah pukul 8..in the morning..since malas lagi nak buat papercutting,,so..aku berblogging la dulu..eh..tetiba ramai pulak student masuk library ni..rajinnya datang library pagi-pagi..yang lelaki pulak berbaju melayu..biasa la..hari Jumaat..lelaki berbaju Melayu memang sangat menarik..hehe *gelak gatal*..Aku bet ada kelas cikgu buat dalam library ni..

pada 5 dan 6 Mac, (tetiba tukar topik) satu jualan buku telah di adakan di Perpustakaan Najjatul Ilham (tempat aku praktikal)..ada beberapa vendor buku, dan juga gadget yang mengambil bahagian. Aku rasa ada 5 vendor buku je..Aku tak jalan sangat..Malas jalan sorang-sorang..Satu vendor jual buku-buku Melayu yang more towards keagamaan dan motivasi..Dua actually. Satu vendor jual buku-buku rujukan dan diorang ada buat sale novel 50%! 2 vendor lagi jual komik dan novel.

Aku? Aku mulanya berminat nak beli komik..Lepas tu aku bukak playstore nak update whatsapp dan ternampak google book "Catatan Mat Luthfi"..so, aku baca sample dulu..Hilarious gila..Aku pun pi la tanya dua vendor yang jual buku melayu tu...Dua-dua sold out..Hampeh..


OK..Let's start

Aku suka blogwalking. Dari blog yang aku selalu bukak sampai la blog yang aku terbukak..Kadang-kadang tu aku duk cari info, aku ter masuk la blog-blog ni. Jadi dari pemerhatian aku tu, aku dapat la simpulkan beberapa tanda yang menunjukkan blog tu best or tak..

Lepas baca satu post, nak baca yang lain pulak

Biasanya kalau korang stuck kat satu blog, baca artikel dalam tu, then bila dah habis baca kan.. Korang ada dua option la lepas tu. Baca post lain or pi bukak blog orang lain pulak. Kalau korang baca post seterusnya dan korang stuck kat situ berjam lamanya, itu tandanya korang nak mampus! Eh tak tak, itu tandanya blog tu best. Tapi kalau korang nak cari info dan bila dah terbaca post tu, lepas tu terus korang close tab dan bukak site lain pulak..Tu makna nya blog tu tak best biasa-biasa saja..

Bagi cadangan dekat pembaca

Ada sesetengah blog yang aku singgah, dekat bawah tu dia ada bagi cadangan dekat pembaca. The other post yang mungkin related atau pun post lain dalam blog tu. Well, aku suka. Sebab aku tak payah nak tengok tepi belah kanan untuk bukak post baru. Tapi kalau lah blog tu tak menyediakan cadangan, tu tak bermaksud blog tu tak best ka apa. Cuma kurang rencah la.. Sebab tu akan membuat pembaca terus blah dari blog tu.

Rajin.Multimedia
Blog yang best adalah blog yang blogger nya rajin. Dia rajin buat research, letak link, gambaq, video, bold, strike dan yang seumpama dengannya. Pastu dia suka balas komen pembaca. Walaupun pendek-pendek. Aku tak rajin. Gambaq pun aku malas nak bubuh. Maknanya blog aku ni tak best lah..huhu..

komen
simple ja yang ni..

Blog best= yang komen tu dari golongan pembaca, peminat, blogwalker. Pendek kata depa memang komen pasal post tu.

Blog tak kurang best= Yang komen tu dari golongan wargenegara Indonesia nak scam, spammers, orang nak ajak buat MLM, letak link p***o,anon yang selalu komen "first", dan lain-lain yang tak dak kena mengena dengan post..

Pemerhatian aku la kan, blogger yang taip sendiri post dia cenderung menjadi blogger yang best berbanding blogger yang just copy dan paste post tu..

Well, originality tu penting..

Sekian...

Sunday, March 1, 2015

return of superman...

hello baby lovers sekalian....

Kat sini aku nak review sikit pasal reality show korea, which is the return of superman. Reality show ni memaparkan kisah retis korea (lelaki) yang menjaga anak diorang yang masih kecik. Sementara tu isteri diorang akan pergi la mana-mana,balik kampong ke, check in hotel, berehat la senang cite. Currently , ada 4 buah keluarga which are keluarga lee hwi jae, choo soong hoon, song il kook dan um tae woong. Okeh, meh aku story satu-persatu family dorang nih.

First ialah family lee hwi jae. Ayah kepada non identical twins, lee seoun dan lee seojun. Si kembar ni sangatla adorable dan comel. Abang dia macam cengeng sikit. Sikit-sikit menangis. Dah tu, selalu kena buli dengan adik. Abang nya anak mak, dan adik nya, lee seojun lebih manja dengan ayah. Kedua dua kembar ni take after their mom,,moon jeung won. Bagi aku la,pendapat aku,,si abang tersangat la comel. Senyuman abang ala ala senyuman Daniel Radcliff time dia kecik-kecik. Adik pulak, perangai dia yang cheeky tu betul-betul buat orang rasa geram. Rasa nak cubit-cubit je. Suara adik seriously macam budak degil. Diorang ni sukakan binatang, terutamanya anjing. Oh, selain itu,ayah diorang ,lee hwi jae merupakan seorang pengacara dan pelawak.


Ok,,lets move to family choo soong hoon. Choo soong hoon merupakan seorang mix martial art fighter. Dia mengahwini seorang model dari Negara matahari terbit yaitu yano shiho. Mereka di kurniakan seorang anak perempuan yang di beri nama choo sarang. Aku punya first impression bila tengok budak sarang ni ialah, woah,,muka budak degil ni. Well, dia memang budak biasa pun. Anak artis tetap manusia biasa kan. Sarang berperwatakan tomboy. Tapi, kecik-kecik dah ada boyfriend tau..haha..nama kawan lelakinya ialah yuto. Keluarga choo sarang selalu menampilkan nenek dan datuknya yaitu ayah dan ibu kepada choo soong hoon. Ini kerana,mereka kerap bertandang ke rumah sarang.


Family yang ketiga ialah,,family song il kook. Song il kook merupakan seorang pelakon yang banyak membintangi drama korea version zaman dahulu. Haha.maksudnya zaman joseon dulu lah. Dia dan isterinya di anugerahkan dengan si kembar tiga!wow..kalau kembar dua dah adorable,apatah lagi kembar tiga kan. Nama anak-anaknya juga unik. Daehan,Minguk,Manse. Setahu aku, DeahanMinguk bermaksud korea selatan. Triplet mempunyai personality mereka yang tersendiri. Abang yang sulung, song daehan, betul-betul bertindak sebagai anak yang sulung. Banyak di paparkan daehan menyuap minuman kepada adiknya, aiskrim malah mengelap mulut adik-adiknya yang comot. Padahal umur mereka hanya berbeza beberapa minit. Daehan memang seorang abang yang baik. Dia juga ada melarang adik-adiknya daripada membuat sesuatu yang bakal mengundang kemarahan ayah mereka. Seterusnya ialah song minguk. Minguk merupakan idola setiap wanita. Sifatnya yang comel sangat menarik perhatian penonton. Abang kepada manse ini juga turut mempunyai sifat abang yang memimpin adik mereka ketika bermain. Song minguk suka bernyanyi apabila hatinya gembira. Sama macam giant..haha..dan yang terakhir ialah song manse. Dia di gambarkan sebagai jiwa bebas oleh ayahnya sendiri. Kenal dengan haha/ha donghoon dari runningman. Begitulah manse. Aku dapat bayangkan satu hari nanti bila diorang besar, semasa manse dalam kesusahan atau menimbulkan masalah, abang-abangnya akan datang membantu.comel kan? Cara didikan song il kook juga tidak kurang hebatnya. Dia merupakan ayah yang tegas tetapi sangat penyabar. Si kembar tiga mempunyai tabiat makan yang cukup besar. Sama seperti ayahnya. Pada awalnya, mereka dilahirkan pra-matang. Tetapi, mereka membesar dengan cepat sekali. Mereka juga takutkan anjing. Tak seperti keluarga superman yang lain.hehe


Family yang baru menyertai the return of superman ialah family um tae woong yang juga merupakan seorang pelakon. Anak perempuannya bernama um ji ohm. Ji ohm tersangat la innonence dan sopan. Comel pun ye. Selain itu, mereka ada memelihara dua ekor anjing. Anjing-anjing itu sudah di anggap seperti ahli keluarga mereka. Rumah mereka di pergunungan. Since family um tae woong masih baru, tak banyak yang aku dapat ceritakan.


Pendapat aku mengenai reality show ini ialah, this is the best reality show. Aku tengok bukan sebab diorang anak retis ke apa. Aku pun tak kenal artis-artis tu. Ye la,budak budak kan tersangat la innocence dan tak banyak drama macam orang dewasa. Cerita ni banyak tunjuk side honest artis dan anak-anak diorang. Aku bagi 5 bintang..haha

Friday, February 27, 2015

Lari

pernah ada masalah dan korang lari dari masalah? pernah di beri tanggungjawab tapi korang lari dari tanggungjawab?
pernah lari dari ahlong sebab tak bayar hutang? kahwin lari pernah?lari sehelai sepinggang?

kali ni aku nak cerita pasal lari..bukan lari yang kat atas tu..tapi program reality show Lari yang bakal di tayangkan di tv9..


okeh..first of all...morning semua...


mesti korang familiar dengan gambar atas ni kan..ni runningman yang asal which is versi korea..


yang ni korang familiar tak??haha

menurut Malvester.com
, Lari merupakan satu rancangan reality tv Malaysia yang menyerupai Runningman..

Senarai Rasmi Peserta “Lari” Running Man Malaysia TV9

1. Azwan Ali

2. Amir Raja Lawak

3. Kamal Adli

4. Shahrul Shiro

5. Syahrul Ridzwan

6. Aepul Drama

7. Aisya Hasnaa

8. Nadiya Nisaa

9. Wak Doyok

Sumber: Senarai Rasmi Peserta “Lari” Running Man Malaysia TV9 2015 | melvister.com

tetapi, gambar di atas tidak selari dengan senarai rasmi tu..aku tak boleh cakap apa-apa since rancangan tu belum lagi di tayangkan..tapi, aku boleh beri sedikit komen..ngehngeh(gelak jahat)

ramai orang yang tak bersetuju apabila azwan ali menjadi pengacara..ada yang cakap azwan ali tak dapat nak tandingi jaesuk, tak sesuai la,,apa la..tapi bagi aku, ini lah ke unikkan Lari..ini Lari..bukan runningman. kenapa mesti nak tiru korea??so, kita tengok dulu, macam mana azwan ali hosting the show,kay...

mengenai barisan rasmi peserta..dulu aku dapat info yang arja lee adalah one of the peserta..tapi yang terbaru, tak ada pulak nama dia..mungkin dia ada komitmen lain..entah la..show tu pun tak tayang lagi kan.tapi aku rasa arja lee ok what..dia pandai apa entertain orang..

shahrul shiro dan wak doyok..since aku minat dengan shahrul..aku rasa dia akan jadi penambah perisa dalam rancangan ni..Wak doyok pulak ada style tersendiri..aku pernah tonton cerita "ke korea ke kita"..and, wak doyok not bad la..

pasal peserta yang lain-lain tu aku tak boleh nak bagi apa-apa komen..sebab kita tak tau sejauh mana kebolehan diorang. better tengok dulu tahap kemampuan diorang dalam rancangan ni..tapi bagi aku la kan..barisan peserta rasmi ni way better than yang dulu kot..ehh..tapi kalau diorang ambik artis yang tak famous pun ok gak..as long as show tu meletup, boleh menaikkan nama artis tu sendiri..kann..yang penting penulis skrip la..kalau game dia best, maka best lah show tu..


selain tu, dulu rakyat malaysia ada menyenaraikan artis2 yang bagi diorang layak jadi peserta runningman Malaysia..ok, meh aku nak senaraikan list aku pulak..

jaesuk-AC mizal

sukjin-azhar sulaiman

haha-johan raja lawak

jongkook-zul ariffin

ji hyo-yana samsudin

gary-shaheizy sam

kwang soo-amir raja lawak

ahah..aku tak sure sangat pasal yang lain-lain..tapi aku nak sangat sam dan yana ada..hihi..lain-lain tu aku main letak je..last but not least, kita sepatutnya tengok dulu la show ni..give the judgement lepas tengok..dan don't ever compare Lari dengan Runningman..never

Btw,,korang pernah tengok tak runningman titiwangsa by sterk production??kualiti gambar agak kureng, tapi diorang pandai la edit video kasi gempak..not bad untuk amatur i think..try la tengok..teehee..

p/s dengar cerita mark adam is one of the guest..yess!!

Thursday, February 26, 2015

Make up dan perempuan

morning peeps..

hari ni masuk office awal sebab orang yang pegang kunci datang awal..hee..first of all,nak ucap happy birthday kepada james dan oliver phelps. the true prankster in Harry Potter.i love you twins. ok, back to point. sejak kebelakangan ni aku selalu re-read blog abg K. dan aku perasan yang abang K selalu ulang dan tekankan pasal awek yg make up tak cun, Lisa Surihani jangan make up, jangan jadi manusia bertopengkan tepung, etc..Heh..so, aku sebagai seorang perempuan, nak mengenengahkan(aicewahh) topik ni..


sebagai seorang perempuan, aku akui, makeup dan perempuan ni memang tak dapat di pisahkan. umpama isi dengan kuku, aur dengan tebing, kacang dan kulit,(eh)..tapi tu yang perempuan lain kata la..macam mana pulak dengan pendapat aku?

aku ada sorang kawan ni, dia dan make up memang tak dapat di pisahkan. even kalau dah lewat ke kelas pun, dia still akan put on some make up. bila tanya dia, dia akan cakap yang muka dia akan nampak pucat kalau tak make up. well, i bet korang pun mesti pernah dengar joke ni kan..

"How are you?you look sick.."
"Nope..i'm just ugly"


memang untuk sesetengah perempuan, diorang akan nampak tak sihat, lesu dan tak bermaya kalau tak make up. tapi, kalau that girl memang hari-hari dia tak make up, sejak kau mula-mula kenal dia lagi, dia memang tak sentuh barang-barang make up ni, aku rasa pompuan tu takkan nampak macam tu. take me for example.ahah. ehh..betul la..aku mana main makeup2 ni..kalau ada special occasion je..hehe..

apa definisi make up yang sebenarnya?

ini bukanlah the real definition..tapi kamus shue is je la..bagi aku make up ni consist of


foundation= berfungsi menyamakan ton warna kulit dan menutup segala jerawat dan parut jerawat di wajah..(wajah tuu..)kadang-kadang foundation juga berfungsi untuk membentuk wajah si pemakai. pernah tengok asian yang tanpa make up muka dia macam tembam, tapi bila make up, muka dia tirus elok je...pernah??tu dia buat pakai foundation la..

face powder=senang cakap bedak la..foundation ni sifat dia melekit. so, face powder ni akan counter balik. depends la orang tu nak pakai compact powder ke, baby powder ke, sama je..

eyeliner=yang ni paling basic ahh..kalau yang tak make up tu, dia akan guna ni je..untuk menampakkan mata lagi besar. selalu mesti akan melentik naik sikit. tapi, aku penah try la benda alah ni kan..memang ketara la perbezaaan mata aku. mata nampak segar sikit. tapi, for me la,,tak payah pakai dah eye liner tu semua..mata dah memang cantik kan..heh..tapi, hari tu kawan aku si sharifah ada share some info kat moment dia..pasal pemakaian eyeliner yang menyerupai firaun. actually, aku dah lama sedar benda ni. tapi dah ramai sangat kawan aku pakai kan, takkan aku nak pegi tegur kut. mesti diorang ingat aku jeles..cheh..

eye shadow=aku pun tak tau sangat fungsi dia apa..tapi dia banyak menyerlahkan mata la..nampak lagi menarik. kalau aku, aku suka pakai kaler seakan kaler kulit. macam nora danish gittew..ehem..

maskara=aku bet semua dah tau kot fungsi maskara ni..untuk nampakkan kesan panjang dan lentik..tapi aku tak pakai..nanti terlebih panjang pulak..bahaya..well, as i said before, mata aku dah cantik natural..

bagi aku la kan, aku tak minat sangat dengan solekan mata ni..sebab habit aku, aku suka tenyeh2 mata sampai berair. pastu, kalau menguap, memang konfem berair la mata..so, aku tak nak la end up dengan mata panda pulak kan..

blusher=pemerah pipi..seperti namanya, pemerah pipi ni memang untuk memerahkan pipi..erk..benda ni yang selalu orang silap pakai..tu yang jadi badut..hihi..

lipstick=benda ni aku pun pakai..sebab seriously muka aku nampak totally macam orang sakit kalau tak pakai lipstick. tapi aku prefer yang collagen. ikut warna darah..tahan lama..and tak melekat kat gelas or straw bila kita minum.


benda-benda kat atas ni kira basic la bagi aku..kalau nak lagi fake, boleh pakai contact lens kaler biru, grey, coklat..tapi aku pernah nampak sorang blogger ni..dia punya banner gambar dia tak pakai lens. bawah tu gambar dia lagi pakai lens..gambar ori tu serius ahh nampak makcik2..yang bawah tu comel je..reaksi aku, kalau kau nak pakai lens, jangan upload gamba ori kat situ..haha..ok ok..sorry..better tak payah la pakai lens..tak elok la untuk mata.bak kata abang K, "awek spectacle cute what.." aku pernah gak teringin nak pakai lens..tapi di sebabkan mata aku dah memang kaler coklat (ehem)..aku batalkan hasrat aku tu..

aku pernah ambik satu subjek ni..memang lecturer yang ajar tu menggalakkan pelajar perempuan make up kalau ada presentation ke apa..markah lebih katanya..so, start situ la aku belajar nak put on make up..habis presentation, shooting sakan la..group kitorang kalau shooting, mengalahkan model..ahaks..tapi honestly aku cakap, muka aku tak elok pakai make up..gambar aku yang close up, memang buruk..berdebu je aku tengok..aku memang tak suka ah nak edit-edit gambar ni..so, aku tak upload pun gambar close up tu..

nasihat aku untuk girl, nak make up tu boleh..tapi cukup la sekadar nak mengelak kan muka korang nampak lesu..tepek krim, face powder (seeloknya baby powder) and put on some light color of gincu dah la..tak payah la sampai merubah wajah asal kan..lagipun, nanti time kerja, korang kena gak make up..as a professionality la..bukan make up macam nak pegi shooting..

okay..akhir kata..kalau yang terbaca blog ni,,ehem..terima kasih..btw..korang search apa kat google, sampai jumpa blog ni ha??

Wednesday, February 25, 2015

Library Science

good morning readers....

dengan memakai jaket,di dalam bilik yang panas, air-cond rosak,aku start menulis balik di sini. yeah, menggunakan PC di office. sebab aku tak dapat task seterusnya lagi,so aku bukak la apa yang boleh bukak kan. topik aku kali ni ialah Library science.

bila kawan-kawan or sapa2 je la tanya aku, "eh,ko amik kos apa?" pada mulanya aku rasa malu nak jawab. ye la, kalau aku amik medic ke, engineering ke, best la sikit nak jawab. then, aku jawab la dengan rendah dirinya, "saya amik kos library science." respond yang aku selalu dapat ialah "apa kena mengena library dengan science?" selalunya orang yang tanya aku macam tu adalah orang yang tak berfikir panjang. dulu, aku tak tau nak jawab macam mana. aku just jawab balik soalan bodoh tu dengan jawapan "err..err.." *senyum*..serious dulu aku tak tau nak jawab macam mana. sehinggalah one of my lecturer, ceritakan mengenai social science. time tu baru aku teringat yang science ni tak semestinya bio,kimia dan fizik je. ada jugak pecahan social science. tapi still, orang lebih acknowledge sains tulen dari sains kemanusiaan lah kan. antara contoh social science yang lain ialah politik,psychology,economy dan lain-lain yang tak ada kena mengena dengan tindak balas kimia, acceleration mahupun inertia dan juga proses fotosintesis. heh, aku dulu jurusan sains tulen hokay..

dan secara lumrahnya bila aku jawab aku amik jurusan library, ramai yang terkejut. "hah?nak keja kat library pun ada diploma/degree?" "belajar apa je?cop buku?" dan soalan-soalan yang membuatkan aku nak cabar setiap dari dorang untuk ambik kos ni. so, biar aku jawab satu persatu.

nak kerja kat library pun ada diploma/degree?

yap.untuk diploma yang aku amik dulu which is jurusan pengurusan maklumat, ia hanya melayakkan aku untuk menjadi seorang pembantu pustakawan. sekarang dah di perkenal kan jurusan baru yaitu diploma in library management. aku tak pasti tentang kelayakannya. tapi aku yakin, gred pelajar bila grad takkan lebih dari s41. untuk degree pulak, major in library science akan melayakkan aku untuk menjadi pustakawan gred s41. so, korang rasa, kalau lepasan SPM boleh terus jump ke gred s41 ke apa??think..sini kan ada sistem gred ikut kelulusan ni. and kalau korang apply job library dekat SPA dengan menggunakan kelulusan SPM pon, korang akan di tawarkan pembantu je.

belajar apa je?cop buku?


ehem..bak kata lecturer aku."memang saya menghabiskan masa saya selama 5 tahun untuk cop buku je mak cik oii.." bagi aku jurusan ni dari aku diploma sampai la aku degree sangat la sibuk. dan aku rasa aku dan kawan-kawan aku ada peluang untuk apply job kat microsoft. sebab,kerja last minute..haha.waktu diploma, semua keempat kos utama di campurkan. so, kami akan belajar basic library, resource center, record, dan juga system. bila masuk degree pulak, aku major in library, dan minor in system. so, subjek yang aku amik terbahagi kepada dua yaitu subjek library dan subjek system. yang menyibukkan aku adalah subjek system lah. sebab every semester subjek system merupakan killer paper. start dengan pc maintenance, database, multimedia, website development etc..

aku belajar diploma dan degree di uitm merbok. dekat sana aku berkawan dengan student dari kos lain. kawan-kawan aku pun mengakui yang kos kitorang merupakan antara kos yang paling banyak kerja selepas kos art design. aku jugak ada masuk persatuan dari sem satu lagi. dan ada beberapa kawan aku dari kos yang sama masuk persatuan tu. at last, yang bertahan dalam persatuan sampai akhir diploma tinggal dua orang je. sebab yang lain-lain memang tak sanggup nak teruskan. dengan assigment, aktiviti persatuan lagi.mana sempat..

yang peliknya dengan kos ni adalah, tak semua subjek yang kami amik ada final exam. so, roomate dan housemate mula la nak jeles. sebab selalunya yang balik bercuti dulu mesti aku.seriously aku cakap, kos ni memang berbeza dengan kos lain. aku tengok assignment roomate aku, dua tiga helai kertas je kot..bagi aku tu bukan assignment. tu homework. lagi, kos kami tak banyak test. kalau kos lain ada test 1 la, test 2 la,kami ada test 1 je.lepas tu final. depends kepada lecturer la..kalau dia rajin nak buat quiz ke, dia buat la..tapi aku memang jarang ah nak buat test ni.

benda yang aku rasa paling cool ialah,certain subjek yang aku belajar. okeh, apa yang aku belajar yang cool sangat tu?

web development

kami belajar basic html which is macam mana nak develop website bodoh menggunakan notepad kosong. no copy paste. sebab apa?sebab subjek tu ada exam yang memerlukan student tulis coding atas kertas. so, memang kena hafal ah coding tu kan. assignment? individual macam biasa la, buat personal website. group, time diploma, kena modify website corporate guna any website development software. time tu aku guna whatyouseeiswhatyouget.dan aku modify website karangkraf.

time degree, belajar benda yang sama. tapi assignment dia beza sikit. untuk group project, aku dan kawan2 buat website kami sendiri guna dreamweaver. kami buat bisnes online,jual cupcake.

multimedia

aku suka main benda ni. time aku diploma, aku tak faham konsep lagi. time aku degree baru la aku tau nak buat button semua benda tu. memang best la..kami buat game untuk budak-budak tadika..walaupun ianya agak bodoh,tapi..kau hado..?? yang aku tau malam tu aku bertanggungjawab untuk masukkan audio dalam project. pening lalat aku. sampai aku main cursor tu..cari file tak jumpa.

dan beberapa subjek lain yang cool seperti rekacipta kad jemputan kahwin, kad nama, poster, siapkan satu buku dan lain-lain. kadang-kadang aku confuse gak. betul ke aku ni library student? ke aku ni engineer?art student ke aku ni?ke modelling?pelakon pun ye.eh eh..director pun boleh gak. sebab secara kesimpulannya, korang akan belajar banyak benda. bukan setakat susun buku semata-mata

benda yang tak best


yang tak bestnya ialah kau kena submit assignment esok. dan esok jugak kau ada final test. oh ye, instead of final exam, kami ada final test. time tu, kau kena pandai-pandai bahagikan masa untuk study dan untuk buat assignment. tapi, alhamdulillah, walaupun aku study gitu-gitu je, aku survive. mungkin sebab lecturer aku tak kedekut markah. diorang pun pernah jadi student apa..mesti r diorang faham kan.student mana ada masa..mana nak tengok wayang lagi, karaoke, overnight, lepak kedai makan,..eh eh...itu part paling best bila jadi student..habiskan duit ptptn..haha