Tuesday, June 25, 2013

contengan jalanan....

cik shue is,,,,x habis lagi ke dengan kau punya contengan jalanan?apa best sangat ke novel tu sampai kau nak masukkan dalam setiap entry kau?

aku dah baca habis novel tu..meh sini aku nak buat review...ala2 expert gitu nak buat review pasal novel kan...

contengan jalanan...
cerita mengenai dua insan yang mencari erti hidup. tiga sebenarnya. three brothers. tapi watak utamanya hanya dua. satu cerita mengenai Fend.Affendy. anak muda berjiwa lembut. bukannya pondan. satu lagi tentang k2..pronounciation dia k square. ku kamaruzzaman. anak muda berhati batu...akau x silap dengan memilih cerita fend sebagai cerita pertama. sebabnya, kalau aku baca cerita k2 dulu, aku mungkin x dapat nak faham apa yang cuba nak di sampaikan fend kepada k2..

satu lagi watak tentang chad. sepupu kepada fend dan kawan kepada k2. watak chad yang memanggil fend untuk berubah..selain watak amalia yang mendorong perubahan besar fend..fend berubah 180 darjah ke arah kebaikan kerana chad..bukan..kerana allah..tapi melalui chad. tapi chad pergi dulu. chad pergi pada jam ke 11 setelah berubah pada jam ke 10...shue is, what the fish pakai jam2 lak ni...korang baca baru korang faham...nasib chad sempat tarik fend ke australia.

dan fend cuba ubah k2 dengan cara chad dalam cerita ke 2...tapi x menjadi..memang betul la, hati manusia tu, hanya allah yang pegang. walau k2 x dapat jumpa apa yang fend dapat masa kat australia, dia jumpa apa yang dia nak masa kat jakarta. siapa sangka budak kepala batu macam k2 boleh dukung n pujuk baby nangis bawah kolong. siapa sangka sorang drummer rambut ala2 samurai melayu boleh buat kerja luar alam macam tu...dan siapa sangka seorang insan bernama indra yang beragama kristian boleh sedarkan k2 tentang islam.

benarlah hati manusia tu allah yang pegang. hidayah tu milik allah. k2 x dapat hidayah dekat australia. masa dengan akmal, dengan fend, dengan imam zakariyya dan tok abdul kadir, dan lain2...tapi dia dapat hidayah waktu dengan sorang kristian bernama indra..dia dapat hidayah kat kota jakarta..kota yang penuh dengan kehidupan..

contengan jalanan. lagi satu karya hlovate yang buat aku terfikir.cerita ni real life story kah? takkan cerita yang di reka reka boleh buat hati batu aku menangis kot.....apa resipi hlovate untuk tangkap hati pembaca macam aku ni..seriously, ni bukannya novel pertama hlovate yang buat aku menangis..orang lain baca novel sengih sorang2..aku serious manjang,,,lepas tu, nangis..kelakar...

mesti korang gelak baca apa yang aku tulis. tapi korang patut tahu, aku bawah aliran sastera...hehe

i'm not a yes man..
aku tak sempurna..
hati aku tak baik macam dia..
aku pun tau erti marah..

Sunday, June 23, 2013

contengan hamba

assalamualaikum......

dah lama aku x menulis di sini...lately, aku sibuk dengan esaimen and test yg melambak...last minute student lah katakan...well,,macam lah korang x buat kan...banyak benda yang dh jadi kat aku...something yg sangat besar...something yg best dh jadi kat aku...abaikan ayat tunggang terbalik aku k...ok...di sini,,ada satu cerita..tentang aku, si gadis cool yang pemalu..

aku ada ikut satu rancangan tv berbentuk dakwah..pada mulanya memang aku tengok sebab rancangan tu memang best..tp setelah beberapa ketika niat aku dah lari...sebab aku minat dengan salah sorang peserta rancangan tu..minat as fan to the artist. artist la sangat...

housemate aku pun semua minat kat mamat tu..dah memang dia ja yang paling ok mukanya kat dalam rancangan tu kot...nak di jadikan cerita, aku ada la akaun tagged. dalam tagged tu, ada game meet me match. kiranya kita browse gambaq org, then kalau kita berminat dengan mana2 org dalam tu, just click yes or match. aku macam biasa la sebagai gadis yang comel,,banyak la dapat kawan kat tagged kan..hampir setiap hari ada je lelaki2 mata keranjang yang buat meet me match ngan aku..satu hari tu, aku bukak tagged..then ada satu profile lelaki ni buat meet me match ngan aku..yang aku terkejutnya, lelaki tu adalah artis yg aku minat tu..

pada mulanya, aku ingat tu fake profile..but, what the fish org nak buat fake profile dia..dia bukannya pelakon pun..x popular pun lg...so aku just click match n aku add dia..dia terima dan aku mula berchatting ngan dia..n x ketinggalan jugak aku stalk profile dia sampai lebam sebab nk pastikan profile tu fake or tak...

dalam chat tu aku siasat betul2..dan ternyata dialah orangnya...aku rasa berbunga bunga sangat malam tu..dan yang paling x leh caya adalah dia bagi number dia dekat aku...then aku terus call dia untuk pastikan..suara dia subhanallah...sedapnya.......dan malam tu perasaan aku terus bertukar...dari minat kepada suka...dari just chat di tagged, aku dh start ber we chat dengan dia,,dia lak, layan gitu2 je,,sebab aku tau,dia memang jenis yang mesra.

ok,,,stop cerita pasal dia,,,sekarang aku nak cerita pasal tajuk entry aku...contengan hamba

actually aku terasa nak menulis di sini sebab aku baru lepas baca novel hlovate yang bertajuk contengan jalanan...contengan pengalaman perjalanan cari tuhan..buku ni ada dua kisah..satu tajuknya i fend,dan satu lagi 11-k2...aku baru baca i fend..kisah sorang lelaki yg bernama fend, sebaya dengan aku, dan aku rasa dia macam aku..kecuali dia terer main alat musik,,dan aku hanya tau ketuk drum ngan percussion kat sudut game ja..haha..k abaikan..

si fend seriously macam aku, yg solat nya 5 waktu,,tp kalau sempat, tu pun hujung2..subuh pun kalau terbangun..dia start nk cari erti life bila kenal sorang gadis bernama amalia..seriously ni bukan novel cinta..lia bg dia cd yg bertajuk the 11th hour..then, chad, sepupu fend ajak dia g backpacking ke australia..bila kat sana, dia mula kenal apa itu life sebenarnya..life as a muslim...macam mana rasanya berpuasa di tempat org, jumpa umat islam yang berbilang kaum, berbeza warna kulit..tapi boleh makan sedulang time bukak puasa..

fend dan chad start baca buku2 ilmiah,,berazam nk khatam al quran, dan lain2 benda yg sepatutnya seorang muslim kena buat..dorang tidur dekat masjid, bergaul dengan org2 soleh dan lain2 lg..kiranya, perjalanan dorang di australia adalah perjalanan mencari tuhan...aku sampai mengalirkan airmata bila baca bait2 kata keinsafan fend..rasa macam aku lah fend dalam cerita tu...the man who decide to change at 12th dies on 11th hour...mendalam gila quote tu...kita decide nak berubah esok,,mana la tahu hari ni kita mati..x sempat pun nak berubah..

aku memang pernah berazam nak berubah...nak start pakai tudung labuh bila masuk degree..tp x jugak...aku just cover aurat dengan tudung lepas dada, armsock and stokin..tu pun kalau sempat pakai..mak aku pun pernah tanya..mana stokin kakak...aku harap aku boleh jadi lebih baik dari sekarang..ramadhan pun dh dekat...its time to change...