Wednesday, March 23, 2022

Sketsa tak boleh tidur

Pagi2 dah ke HSB untuk appointment neuro yg terlepas sebab positive covid. settle dalam pukul 11 lebih. lepas tu beli makan,singgah klinik untuk ambik surat rujukan ke antenatal. sampai rumah dalam pukul 12.30 tengahari. sementara tunggu adam balik,makan dulu. adam balik,basuh baju,rehat kejap,sidai baju dan solat. lepas tu pukul 2 terus ke KK tualang untuk fundus yg sepatutnya buat minggu lepas tapi tangguh sebab covid. dalam pukul 3 settle,terus shoot ke econsave untuk beli barang. sejam jugak dalam tu. balik sampai rumah dh asar. rehat (tak rehat sangat la) .. waktu dekat maghrib tu adam buat perangai. hampir2 hilang sabar jugak. dengan badan letih. terus aku mandi kot2 la boleh segar balik. lepas mandi,solat makan laksa dalam pukul 8. rupanya si adam ni mengantuk dan lapar. dia makan cereal 2 gelas,ratah sosej sikit. lepas tu mandi,dia Segar balik pulak. tak boleh rehat lagi aku.. pukul 10 aku dh settle solat isyak, kengkonon nak masuk tidur tanpa gangguan. tutup la pintu. taktau la terlelap ke tak. tengok2 jam pukul 2 pagi. dengan panas nya... lapar. pukul 3 pagi bangun bakar roti,makan dengan sekaya. bila badan betul2 letih overlimit ni,susah pulak nak tido. dengan panasnya. tak selesa,badan sakit. dok pikir esok kena buat bsp. dua kali wei bsp dalam seminggu. khamis kena ke hospital pulak... letih wei letih... letih ni boleh trigger epilepsy aku. tapi boleh pulak appointment bertindan hujung2 pregnancy ni.. nanti kalau doktor tanya kenapa boleh letih. aku nak jawab sebab banyak sangat appointment. dah 2022 kot. buat je la online appointment..

Friday, March 11, 2022

Covid 19 di tahun 2022

2 tahun dunia di landa pandemik,aku memegang rekod tidak pernah kuarantin,tidak pernah ada kontak rapat,tidak pernah swab test.maklum la,suri rumah.kawan pun tak ada... akhirnya ,pada 7/3/2022 ketika aku mengandung 34 minggu, aku di sahkan covid positive melalui saringan kendiri (menggunakan nasal swab test bantuan kerajaan) pertama kali self test,terus naik double line. entah dari mana dapat jangkitan. mungkin sporadik memandangkan varian terbaru (omicron) sangat pantas tersebar. apa yang menghairankan,suami dan anakku tidak mengalami sebarang gejala. suamiku turut melakukan ujian kendiri tetapi negative. cuma aku yg cirit birit pada hari pertama(sabtu) kemudian mula tidak sedap badan pada hari ahad (aku ingat sebab cuaca terlalu panas) kemudian mula demam pada hari isnin (7/3) aku terus lakukan ujian kerana menganggap demam ni agak aneh. selalunya aku akan sakit tekak dulu. berbeza dengan demam yg ini,badan rasa lesu seperti kurang gula. setelah dapat keputusan,aku terus lapor ke Mysejahtera (aplikasi yg dibangunkan kerajaan Malaysia kerana pandemik) dan cari maklumat berkaitan CAC berdekatan. suami menghubungi klinik dan bertanyakan tindakan lanjut. aku dikehendaki hadir ke CAC berdekatan (di sebabkan aku mengandung) . esoknya,pergi ke CAC. doktor menasihatkan supaya aku di kuarantin di PKRC. aku perlu menjalani satu ujian saringan RTK untuk pengesahan sebelum di masukkan ke PKRC. jadi,aku terus ke klinik swasta bayar rm40, keputusan dapat serta merta. balik rumah,siap2 barang untuk ke PKRC dan tunggu panggilan dari doktor. antara barang2 yang perlu dibawa : pakaian, toiletries,tuala,alat solat,sweater(pkrc sangat sejuk so better prepare sweater), cawan dan sudu teh. (ada pantri untuk bancuh air,minuman 2 in 1 di sediakan),charger,ubat jika perlu. pukul 7 malam,dapat panggilan dari doktor untuk pergi ke pkrc sebelum pukul 10. terus aku mandi solat dan bersiap untuk pergi. bersambung..