Thursday, July 16, 2015

Rumah


“What? Pindah?”

“Ya, Pindah.”

“But, why? Kami baru nak sesuaikan diri dekat sini. Dah kena pindah lagi.”

“Nak buat macam mana. Ayah di tukarkan ke sana.”

“Mana pulak kali ni?”

“Negeri mana?”

“Bandar mana?”

“Rumah taman?”

“Dekat tak dengan mall?” Soalan bertalu-talu di ajukan.

“Well, ada good and bad news.” Ibu melirik ke arah Ayah.

“Apa yang good?”

“Tempat tu di jamin tak kan jam. So, boleh keluar lewat kalau nak ke sekolah atau office.”

“And the bad news?”

“Kita akan duduk rumah kampung.”

Reaksi berbeza di berikan.

“Not bad..” Komen Along.

“Macam mana Allong tau not bad?” Sanggah Angah.

“Mesti jauh dari mall..Nyamuk, village people, no public transport. Oh no…” Adik mula risau.

“Well, suasana segar..No jam. Boleh keluar lewat. Gadis kampung. Not bad la bagi Along.”

“Klishe la Along ni. Mana ada kampung yang macam tu dah sekarang ni. Ramai orang kampung yang dah ada kereta la. And, gadis kampung yang macam mana Along maksudkan? Gadis kampung zaman sekarang macam taka ada beza je dengan gadis bandar.”

“But still no jam. Lalala..” Along memang tak suka terperangakap dalam kesesakan lalu lintas. Along tak suka buang masa. “It’s going to be all right la Angah, Adik.” Ayah yang sedari tadinya diam mula bersuara. “Pasal sekolah, Ayah sendiri yang akan hantar Angah degan Adik. Tak pAyah naik bas lagi.”

“Tapi kan Ayah, Angah dengar orang kampung ni busy body sikit. Suka bawak mulut.”

“Angah..Tak semua macam tu la..”

“Entah Angah ni. Dia tu pun busy body.” Sakat Along.

“Tapi Ayah, susah la Adik nak keluar nanti. Public transport mesti susah nak dapat. Mall mesti jauh.”

“Ha..bagus la tu. Tak ada la hilang je. Adik tu dah la jarang lekat kat rumah. “ Sakat Along lagi. Ayah senyum. Seolah-olah mengiyakan kata-kata Along.

“Bila kita nak pindah Ibu, Ayah? “ Soal Along.

“Hai Along, excited Nampak. Nak cari jodoh gadis kampung ke..? “ Giliran Angah menyakat Along.

“of course la. Along kan dah lama membujang. “ Balas Along.

“Insya Allah, bulan depan. Kita dah kena start kemas barang dah. Along esok tolong carikan kotak ye. “ Pinta Ibu.

“Baik bu. “ Along membuat tabik hormat.


“Kak. Dulu sebelah rumah kita ni ada orang duduk tak? “ Tanya shira kepada Suhana.

“Kenapa kau tanya? “

“Curios.“

“Hmm..Ada. “ Jawab Suhana sepatah.

“Mana diorang pegi kak? “

“Setahu akak la, si isteri tu orang thai. Then, dia revert to Islam. Kahwin dengan orang sini. Dapat sorang anak. Tak silap akak, nama dia Ridzman. Lepas beberapa tahun, si suami tu meninggal. Lepas tu, isteri dengan anak dia pindah tempat lain. Sebab isteri dia kahwin lain.” Terang Suhana.

“Lepas tu kak? “

“Lepas tu ada satu keluarga lagi tinggal kat sini. Tapi kejap je. Lepas tu diorang pindah. “

“Owh..ye ke. Dah berapa lama rumah tu kosong kak?”

Suhana memikir sejenak. “Berbelas tahun jugak la. “

“owhhhhhh.. “

“Dah, tidur. Esok kau tu nak sekolah. Dah la susah nak bangun. “ Arah Suhana.

“Akak tidur la dulu. Shira nak berangan kejap. “

“Eh kau ni, kecik-kecik dah pandai berangan. “

“Habis kak ingat kak sorang je boleh berangan? “ Balas Shira.

“Dah, berangan la kau. Aku nak tidur. “ Suhana terus menarik selimut. Selang beberapa minit, Suhana sudah berlayar kea lam mimpi. Yang tidak berwarna.

Tiba-tiba, Suhana terdengar bunyi deringan yang kuat. Sejurus itu, kedengaran suara wanita menjerit dari kejauhan. Telinga Suhana berdesing. ‘Not again.’ Suhana cuba menggerakkan badannya. Seluruh keringat di kerahkan. Namun, badannya seakan lumpuh.

Dia cuba bersuara memanggil Shira. Namun sayang, suaranya tersekat di kerongkong. Dia cuba membaca ayatul kursi di dalam hati. Bacaannya langsung tak sempurna. Tunggang terbalik! Suhana tidak dapat menghabiskan bacaannya.

Sejurus itu, Suhana dapat merasakan kaki kanannya terangkat. Diikuti kaki kiri. Sehinggalah seluruh tubuhnya terangkat.dan melayang di tiup angin. Namun, Suhaja tetap tidak boleh membuka mata. Kemudian, dia merasakan tubuhnya yang melayang menjunam mendadak ke bawah.

Suhana terus membuka mata. Dia berada di katilnya. Tubuhnya terasa letih sekali. Peluh memercik di dahi. Jantung Suhana berdebar kencang. Pernafasannya menjadi laju. Seakan baru menamatkan larian 100 meter. Suhana beristighfar. Ini bukan kali pertama. Tapi ini merupakan kali pertama dia ‘terbang’. ‘Terbang di alam yang penuh misteri. Suhana yakin, yang dia tidak bermimpi.


Aizat berjalan-jalan di sekitar situ. Tempat itu gelap, suram seperti biasa. Seperti ketika pertama kali aizat melawat tempat itu. Semuanya tidak berwarna. Seperti tayangan cerita melayu dahulu kala.

Perasaan aizat bercampur-baur apabila berada di sini. Ada kalanya dia senang. Ada kalanya dia berasa takut. Bergantung kepada suasana ketika itu.
Aizat senang boleh melayangkan diri dari satu tempat ke satu tempat. Dia boleh berada di mana sahaja dia mahu dalam sekelip mata. Sehinggalah dia sampai di suatu tempat. Di kejauhan dia ternampak susuk tubuh seorang perempuan. Dengan pakainannya yang serba indah. Namun ajahnya seperti risaukan sesuatu. Seperti orang hilang arah. Aizat cuba menghampiri. Namun sejauh mana pun aizat berjalan, dia tetap tidak dapat menggapai perempuan itu.

“Along. Bangun..”

Aizat sedar pengembarannya tertangguh di situ. Dia harus segera pulang.

“Along..Bangun la cepat.”

Aizat memejamkan matanya. Tubuhnya terasa seperti di sedut oleh satu kuasa magnetic. Aizat bangun lantas menggeliat.

“Yeahhhhh!!!!”

“Ha..bangun pun. Cepat la Along. Mandi. Siap. Ibu cakap pukul 9 dah nak gerak. “ Angah dah tercegat depan pintu.

“Gerak pergi mana?” Aizat masih lagi mamai.

“Hari ni kan kita pindah. Mamai la tu.” Jawab Angah sambil berlalu pergi.

“Owh..heh.” Aizat tersengih. Dia teringatkan mimpinya tadi. ‘Siapa perempuan tu? Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni?’ Aizat bermonolog sendiri.