Friday, April 10, 2015

Lari review first episode

morning...*baca dengan nada george weasley*

last last entry aku ada cerita pasal rancangan Lari yang khabarnya ada meniru rancangan Runningman yang meletop tu. tapi, aku ada cakap kita tak sepatutnya judge rancangan tu sebelum kita tengok. so, semalam aku dah pun tengok Lari episod pertama. mai aku nak highlight apa yang ok dan apa yang tak ok.

FAKE!!

waktu para peserta baru melangkah ke tempat game, tiba-tiba datang bodyguard bawak diorang. ala..macam cerita runningman. tapi, seriously aku cakap scene tu nampak fake gila. seolah-olah diorang dah diberitahu yang diorang akan di tangkap oleh bodyguard. lepas tu seolah-olah diorang di suruh untuk buat-buat terkejut.

kurang jelas

apa yang diorang bualkan kurang jelas. begitu jugak dengan misi diorang. penonton tak faham sangat apa yang diorang patut buat.

scene sentuh2 peluk2

the only flower kat dalam cerita tu kena singkirkan diorang semua. aisya kena cop dekat anggota tubuh diorang. maka. ada la aksi2 aisya pegang dahi, pegang tangan dan ada yang sampai peluk2. tak extreme tapi cukup la menggambarkan aisya tu perempuan yang macam mana. but, the fact yang di peluk tu tak rela dirinya di peluk. dia siap cakap lagi. "hei,apa peluk2 ni. aku sembahyang lima waktu la.." and then bila dia dapat tau yang aisya tu hunter, dia pun maki lah..tak sporting tapi, character masing-masing kan.. nak buat macam mana.

hadiah mewah

runningman first episod cuma denda yang kalah je. setelah rancangan tu berjaya dan worlwide, baru diorang bagi hadiah yang hebat-hebat. tapi Lari ni first episod dah bagi gold. berani betul diorang tanggung risiko. siapa la taja diorang tu. macam yakin je program tu nak berjaya.


itu lah kot serba sedikit yang boleh aku komen. apa? tak ada yang ok? memang tak ada yang ok pun. setakat ni lah.. walaubagaimanapun, i am looking forward toward next episod.