Friday, February 27, 2015

Lari

pernah ada masalah dan korang lari dari masalah? pernah di beri tanggungjawab tapi korang lari dari tanggungjawab?
pernah lari dari ahlong sebab tak bayar hutang? kahwin lari pernah?lari sehelai sepinggang?

kali ni aku nak cerita pasal lari..bukan lari yang kat atas tu..tapi program reality show Lari yang bakal di tayangkan di tv9..


okeh..first of all...morning semua...


mesti korang familiar dengan gambar atas ni kan..ni runningman yang asal which is versi korea..


yang ni korang familiar tak??haha

menurut Malvester.com
, Lari merupakan satu rancangan reality tv Malaysia yang menyerupai Runningman..

Senarai Rasmi Peserta “Lari” Running Man Malaysia TV9

1. Azwan Ali

2. Amir Raja Lawak

3. Kamal Adli

4. Shahrul Shiro

5. Syahrul Ridzwan

6. Aepul Drama

7. Aisya Hasnaa

8. Nadiya Nisaa

9. Wak Doyok

Sumber: Senarai Rasmi Peserta “Lari” Running Man Malaysia TV9 2015 | melvister.com

tetapi, gambar di atas tidak selari dengan senarai rasmi tu..aku tak boleh cakap apa-apa since rancangan tu belum lagi di tayangkan..tapi, aku boleh beri sedikit komen..ngehngeh(gelak jahat)

ramai orang yang tak bersetuju apabila azwan ali menjadi pengacara..ada yang cakap azwan ali tak dapat nak tandingi jaesuk, tak sesuai la,,apa la..tapi bagi aku, ini lah ke unikkan Lari..ini Lari..bukan runningman. kenapa mesti nak tiru korea??so, kita tengok dulu, macam mana azwan ali hosting the show,kay...

mengenai barisan rasmi peserta..dulu aku dapat info yang arja lee adalah one of the peserta..tapi yang terbaru, tak ada pulak nama dia..mungkin dia ada komitmen lain..entah la..show tu pun tak tayang lagi kan.tapi aku rasa arja lee ok what..dia pandai apa entertain orang..

shahrul shiro dan wak doyok..since aku minat dengan shahrul..aku rasa dia akan jadi penambah perisa dalam rancangan ni..Wak doyok pulak ada style tersendiri..aku pernah tonton cerita "ke korea ke kita"..and, wak doyok not bad la..

pasal peserta yang lain-lain tu aku tak boleh nak bagi apa-apa komen..sebab kita tak tau sejauh mana kebolehan diorang. better tengok dulu tahap kemampuan diorang dalam rancangan ni..tapi bagi aku la kan..barisan peserta rasmi ni way better than yang dulu kot..ehh..tapi kalau diorang ambik artis yang tak famous pun ok gak..as long as show tu meletup, boleh menaikkan nama artis tu sendiri..kann..yang penting penulis skrip la..kalau game dia best, maka best lah show tu..


selain tu, dulu rakyat malaysia ada menyenaraikan artis2 yang bagi diorang layak jadi peserta runningman Malaysia..ok, meh aku nak senaraikan list aku pulak..

jaesuk-AC mizal

sukjin-azhar sulaiman

haha-johan raja lawak

jongkook-zul ariffin

ji hyo-yana samsudin

gary-shaheizy sam

kwang soo-amir raja lawak

ahah..aku tak sure sangat pasal yang lain-lain..tapi aku nak sangat sam dan yana ada..hihi..lain-lain tu aku main letak je..last but not least, kita sepatutnya tengok dulu la show ni..give the judgement lepas tengok..dan don't ever compare Lari dengan Runningman..never

Btw,,korang pernah tengok tak runningman titiwangsa by sterk production??kualiti gambar agak kureng, tapi diorang pandai la edit video kasi gempak..not bad untuk amatur i think..try la tengok..teehee..

p/s dengar cerita mark adam is one of the guest..yess!!

Thursday, February 26, 2015

Make up dan perempuan

morning peeps..

hari ni masuk office awal sebab orang yang pegang kunci datang awal..hee..first of all,nak ucap happy birthday kepada james dan oliver phelps. the true prankster in Harry Potter.i love you twins. ok, back to point. sejak kebelakangan ni aku selalu re-read blog abg K. dan aku perasan yang abang K selalu ulang dan tekankan pasal awek yg make up tak cun, Lisa Surihani jangan make up, jangan jadi manusia bertopengkan tepung, etc..Heh..so, aku sebagai seorang perempuan, nak mengenengahkan(aicewahh) topik ni..


sebagai seorang perempuan, aku akui, makeup dan perempuan ni memang tak dapat di pisahkan. umpama isi dengan kuku, aur dengan tebing, kacang dan kulit,(eh)..tapi tu yang perempuan lain kata la..macam mana pulak dengan pendapat aku?

aku ada sorang kawan ni, dia dan make up memang tak dapat di pisahkan. even kalau dah lewat ke kelas pun, dia still akan put on some make up. bila tanya dia, dia akan cakap yang muka dia akan nampak pucat kalau tak make up. well, i bet korang pun mesti pernah dengar joke ni kan..

"How are you?you look sick.."
"Nope..i'm just ugly"


memang untuk sesetengah perempuan, diorang akan nampak tak sihat, lesu dan tak bermaya kalau tak make up. tapi, kalau that girl memang hari-hari dia tak make up, sejak kau mula-mula kenal dia lagi, dia memang tak sentuh barang-barang make up ni, aku rasa pompuan tu takkan nampak macam tu. take me for example.ahah. ehh..betul la..aku mana main makeup2 ni..kalau ada special occasion je..hehe..

apa definisi make up yang sebenarnya?

ini bukanlah the real definition..tapi kamus shue is je la..bagi aku make up ni consist of


foundation= berfungsi menyamakan ton warna kulit dan menutup segala jerawat dan parut jerawat di wajah..(wajah tuu..)kadang-kadang foundation juga berfungsi untuk membentuk wajah si pemakai. pernah tengok asian yang tanpa make up muka dia macam tembam, tapi bila make up, muka dia tirus elok je...pernah??tu dia buat pakai foundation la..

face powder=senang cakap bedak la..foundation ni sifat dia melekit. so, face powder ni akan counter balik. depends la orang tu nak pakai compact powder ke, baby powder ke, sama je..

eyeliner=yang ni paling basic ahh..kalau yang tak make up tu, dia akan guna ni je..untuk menampakkan mata lagi besar. selalu mesti akan melentik naik sikit. tapi, aku penah try la benda alah ni kan..memang ketara la perbezaaan mata aku. mata nampak segar sikit. tapi, for me la,,tak payah pakai dah eye liner tu semua..mata dah memang cantik kan..heh..tapi, hari tu kawan aku si sharifah ada share some info kat moment dia..pasal pemakaian eyeliner yang menyerupai firaun. actually, aku dah lama sedar benda ni. tapi dah ramai sangat kawan aku pakai kan, takkan aku nak pegi tegur kut. mesti diorang ingat aku jeles..cheh..

eye shadow=aku pun tak tau sangat fungsi dia apa..tapi dia banyak menyerlahkan mata la..nampak lagi menarik. kalau aku, aku suka pakai kaler seakan kaler kulit. macam nora danish gittew..ehem..

maskara=aku bet semua dah tau kot fungsi maskara ni..untuk nampakkan kesan panjang dan lentik..tapi aku tak pakai..nanti terlebih panjang pulak..bahaya..well, as i said before, mata aku dah cantik natural..

bagi aku la kan, aku tak minat sangat dengan solekan mata ni..sebab habit aku, aku suka tenyeh2 mata sampai berair. pastu, kalau menguap, memang konfem berair la mata..so, aku tak nak la end up dengan mata panda pulak kan..

blusher=pemerah pipi..seperti namanya, pemerah pipi ni memang untuk memerahkan pipi..erk..benda ni yang selalu orang silap pakai..tu yang jadi badut..hihi..

lipstick=benda ni aku pun pakai..sebab seriously muka aku nampak totally macam orang sakit kalau tak pakai lipstick. tapi aku prefer yang collagen. ikut warna darah..tahan lama..and tak melekat kat gelas or straw bila kita minum.


benda-benda kat atas ni kira basic la bagi aku..kalau nak lagi fake, boleh pakai contact lens kaler biru, grey, coklat..tapi aku pernah nampak sorang blogger ni..dia punya banner gambar dia tak pakai lens. bawah tu gambar dia lagi pakai lens..gambar ori tu serius ahh nampak makcik2..yang bawah tu comel je..reaksi aku, kalau kau nak pakai lens, jangan upload gamba ori kat situ..haha..ok ok..sorry..better tak payah la pakai lens..tak elok la untuk mata.bak kata abang K, "awek spectacle cute what.." aku pernah gak teringin nak pakai lens..tapi di sebabkan mata aku dah memang kaler coklat (ehem)..aku batalkan hasrat aku tu..

aku pernah ambik satu subjek ni..memang lecturer yang ajar tu menggalakkan pelajar perempuan make up kalau ada presentation ke apa..markah lebih katanya..so, start situ la aku belajar nak put on make up..habis presentation, shooting sakan la..group kitorang kalau shooting, mengalahkan model..ahaks..tapi honestly aku cakap, muka aku tak elok pakai make up..gambar aku yang close up, memang buruk..berdebu je aku tengok..aku memang tak suka ah nak edit-edit gambar ni..so, aku tak upload pun gambar close up tu..

nasihat aku untuk girl, nak make up tu boleh..tapi cukup la sekadar nak mengelak kan muka korang nampak lesu..tepek krim, face powder (seeloknya baby powder) and put on some light color of gincu dah la..tak payah la sampai merubah wajah asal kan..lagipun, nanti time kerja, korang kena gak make up..as a professionality la..bukan make up macam nak pegi shooting..

okay..akhir kata..kalau yang terbaca blog ni,,ehem..terima kasih..btw..korang search apa kat google, sampai jumpa blog ni ha??

Wednesday, February 25, 2015

Library Science

good morning readers....

dengan memakai jaket,di dalam bilik yang panas, air-cond rosak,aku start menulis balik di sini. yeah, menggunakan PC di office. sebab aku tak dapat task seterusnya lagi,so aku bukak la apa yang boleh bukak kan. topik aku kali ni ialah Library science.

bila kawan-kawan or sapa2 je la tanya aku, "eh,ko amik kos apa?" pada mulanya aku rasa malu nak jawab. ye la, kalau aku amik medic ke, engineering ke, best la sikit nak jawab. then, aku jawab la dengan rendah dirinya, "saya amik kos library science." respond yang aku selalu dapat ialah "apa kena mengena library dengan science?" selalunya orang yang tanya aku macam tu adalah orang yang tak berfikir panjang. dulu, aku tak tau nak jawab macam mana. aku just jawab balik soalan bodoh tu dengan jawapan "err..err.." *senyum*..serious dulu aku tak tau nak jawab macam mana. sehinggalah one of my lecturer, ceritakan mengenai social science. time tu baru aku teringat yang science ni tak semestinya bio,kimia dan fizik je. ada jugak pecahan social science. tapi still, orang lebih acknowledge sains tulen dari sains kemanusiaan lah kan. antara contoh social science yang lain ialah politik,psychology,economy dan lain-lain yang tak ada kena mengena dengan tindak balas kimia, acceleration mahupun inertia dan juga proses fotosintesis. heh, aku dulu jurusan sains tulen hokay..

dan secara lumrahnya bila aku jawab aku amik jurusan library, ramai yang terkejut. "hah?nak keja kat library pun ada diploma/degree?" "belajar apa je?cop buku?" dan soalan-soalan yang membuatkan aku nak cabar setiap dari dorang untuk ambik kos ni. so, biar aku jawab satu persatu.

nak kerja kat library pun ada diploma/degree?

yap.untuk diploma yang aku amik dulu which is jurusan pengurusan maklumat, ia hanya melayakkan aku untuk menjadi seorang pembantu pustakawan. sekarang dah di perkenal kan jurusan baru yaitu diploma in library management. aku tak pasti tentang kelayakannya. tapi aku yakin, gred pelajar bila grad takkan lebih dari s41. untuk degree pulak, major in library science akan melayakkan aku untuk menjadi pustakawan gred s41. so, korang rasa, kalau lepasan SPM boleh terus jump ke gred s41 ke apa??think..sini kan ada sistem gred ikut kelulusan ni. and kalau korang apply job library dekat SPA dengan menggunakan kelulusan SPM pon, korang akan di tawarkan pembantu je.

belajar apa je?cop buku?


ehem..bak kata lecturer aku."memang saya menghabiskan masa saya selama 5 tahun untuk cop buku je mak cik oii.." bagi aku jurusan ni dari aku diploma sampai la aku degree sangat la sibuk. dan aku rasa aku dan kawan-kawan aku ada peluang untuk apply job kat microsoft. sebab,kerja last minute..haha.waktu diploma, semua keempat kos utama di campurkan. so, kami akan belajar basic library, resource center, record, dan juga system. bila masuk degree pulak, aku major in library, dan minor in system. so, subjek yang aku amik terbahagi kepada dua yaitu subjek library dan subjek system. yang menyibukkan aku adalah subjek system lah. sebab every semester subjek system merupakan killer paper. start dengan pc maintenance, database, multimedia, website development etc..

aku belajar diploma dan degree di uitm merbok. dekat sana aku berkawan dengan student dari kos lain. kawan-kawan aku pun mengakui yang kos kitorang merupakan antara kos yang paling banyak kerja selepas kos art design. aku jugak ada masuk persatuan dari sem satu lagi. dan ada beberapa kawan aku dari kos yang sama masuk persatuan tu. at last, yang bertahan dalam persatuan sampai akhir diploma tinggal dua orang je. sebab yang lain-lain memang tak sanggup nak teruskan. dengan assigment, aktiviti persatuan lagi.mana sempat..

yang peliknya dengan kos ni adalah, tak semua subjek yang kami amik ada final exam. so, roomate dan housemate mula la nak jeles. sebab selalunya yang balik bercuti dulu mesti aku.seriously aku cakap, kos ni memang berbeza dengan kos lain. aku tengok assignment roomate aku, dua tiga helai kertas je kot..bagi aku tu bukan assignment. tu homework. lagi, kos kami tak banyak test. kalau kos lain ada test 1 la, test 2 la,kami ada test 1 je.lepas tu final. depends kepada lecturer la..kalau dia rajin nak buat quiz ke, dia buat la..tapi aku memang jarang ah nak buat test ni.

benda yang aku rasa paling cool ialah,certain subjek yang aku belajar. okeh, apa yang aku belajar yang cool sangat tu?

web development

kami belajar basic html which is macam mana nak develop website bodoh menggunakan notepad kosong. no copy paste. sebab apa?sebab subjek tu ada exam yang memerlukan student tulis coding atas kertas. so, memang kena hafal ah coding tu kan. assignment? individual macam biasa la, buat personal website. group, time diploma, kena modify website corporate guna any website development software. time tu aku guna whatyouseeiswhatyouget.dan aku modify website karangkraf.

time degree, belajar benda yang sama. tapi assignment dia beza sikit. untuk group project, aku dan kawan2 buat website kami sendiri guna dreamweaver. kami buat bisnes online,jual cupcake.

multimedia

aku suka main benda ni. time aku diploma, aku tak faham konsep lagi. time aku degree baru la aku tau nak buat button semua benda tu. memang best la..kami buat game untuk budak-budak tadika..walaupun ianya agak bodoh,tapi..kau hado..?? yang aku tau malam tu aku bertanggungjawab untuk masukkan audio dalam project. pening lalat aku. sampai aku main cursor tu..cari file tak jumpa.

dan beberapa subjek lain yang cool seperti rekacipta kad jemputan kahwin, kad nama, poster, siapkan satu buku dan lain-lain. kadang-kadang aku confuse gak. betul ke aku ni library student? ke aku ni engineer?art student ke aku ni?ke modelling?pelakon pun ye.eh eh..director pun boleh gak. sebab secara kesimpulannya, korang akan belajar banyak benda. bukan setakat susun buku semata-mata

benda yang tak best


yang tak bestnya ialah kau kena submit assignment esok. dan esok jugak kau ada final test. oh ye, instead of final exam, kami ada final test. time tu, kau kena pandai-pandai bahagikan masa untuk study dan untuk buat assignment. tapi, alhamdulillah, walaupun aku study gitu-gitu je, aku survive. mungkin sebab lecturer aku tak kedekut markah. diorang pun pernah jadi student apa..mesti r diorang faham kan.student mana ada masa..mana nak tengok wayang lagi, karaoke, overnight, lepak kedai makan,..eh eh...itu part paling best bila jadi student..habiskan duit ptptn..haha