Wednesday, November 23, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!

Masih jelas terbayang saat2 baddrol bakhtiar menjaringkan gol dan sekaligus menghadiahkan kemenangan buat negara malaysia...saat tu jugaklah satu dewan perdana uitm kedah bergegar dengan sorakan penyokong malaysia...dengan paluan gendang(tong sampah) dan aksi lompat melompat macam kat gig...memang best saat tu...sebelom tu suma penyokong berdoa semoga skuad harimau muda memperoleh kejayaan dalam menentang garuda..dan alhamdulillah....doa kami di makbulkan....terima kasih ya allah....

Gandingan para pemain yg sangatlah hebat(amboih,,,puji tak sangga)..seperti baddrol bakhtiar,fakri,asraruddin,mahali,khairul fahmi dan lain2 lagi ternyata memberikan kepuasan kepada para penonton dan penyokong malaysia...walaupun aksi garuda terbang di langit mereka sendiri agak mendebarkan para penyokong,,,,harimau muda kita ternyata masih mampu melompat tinggi langsung menerkam sang garuda dan mengoyakkan sayapnya yang gagah...

SYABAS HARIMAU MUDA!!!

Monday, October 10, 2011

juara xfm 40!!!!

Cuba Jangan

kau suruh ku masak sedap-sedap
agar ibumu setuju
aku turutkan saja.
ku bergelut dengan sayur, ikan
yang namanya ku tak tahu
hingga akhirnya ku capai telefon
untuk panggil bomba.
aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
ku cuba
hanya satu yang ku pinta
agar kau cuba
kau cuba

jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau tinggalkan dia

kau suruh ku make-up lawa-lawa
agar temanmu cemburu
aku tepekkan segala.
ku bergaduh dengan bedak, gincu
yang tak serasi dengan ku
hingga akhirnya kau temankan aku
ke klinik pakar.

aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
ku cuba
hanya satu yang ku pinta
agar kau cuba
kau cuba

jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku

mana mungkin ku kan terima
jadi bayang-bayang dirinya
dan berhenti menjadi aku.

jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku

Saturday, August 20, 2011

new band arrived!!!!

kali ni aku nak cita pasal satu band yg dh mula menarik minat aku dengan lagu depa yang best sesangat...nama band tu ialah H8...aku dapat tau pasal band ni pun sebab aku ada pernah ter sembang dgn drummer band ni..tu yang ak tau pasal H8 neh..aku pon nk try la dengaq lagu depa kan...aku kan minat lagu2 yg macam ni...stakat la ni,,aku baru dengaq lagu konfuse n lagu arawma..(btol ka tak aku eja ni)...komen aku,,lagu konfuse best,,tapi dya punya starting nk sama dengan starting lagu syurga lebih menyayangimu dr bliz...tapi,,lagu arawma meletop habis..bila dengaq lagu ni,,memang tak boleh di gambarkan dengan kata2 lah..they have their own style in impress their feeling,,ok..smpai ter speaking dh aku...tapi memang btoi..mang bez...aku harap lagu ni x menjadi nostalgia silam kepada aku lah...(tetiba lak)...so,,apa lagi..kalo boring2 leh r dengaq lagu arawma and konfuse from H8...

Saturday, June 18, 2011

happy day together!!!

tengok tajok macam epi sesangat la tuh...padahal,,di sebalik hepi,ada terselit benda tak bez..ni yang aku nak cita neh..spatotnya ari ni ada sportday..ingatkan nak p la..kunci la jam pukol 8.30 kan..tup2 terbangon dh pukul 9 lebih..rasa malaz la pulok nak p lewat2 neh..takot nanti orang staring kita one kind ja kan..so,,aku pon tarik la selimot balik memandangkan roomate aku masih terdampar di atas katil..tengah sesedap tido,,dalam pukol 10 lebey2 gitu..aku dapat mesej..ni tak lain tak bukan from arif la ni..bukak ja inbox..sangkaan aku meleset..upa-upanya..bukan dia..syah upanya yang msg..tanya free tak ari ni..x laen tak bukan nak ajak kuaq r tu..memandangkan aku malaih nak p sportday yang dah tinggal sekerat ari tu..aku pon ajak la kengkawan yang laen untuk turut serta keluaq..cadangnya nak p tengok wayang..and yang jadi kuaq adalah seramai lapan orang termasuk aku..yang lain ialah syah,zul,aiman,baiti,fatin,wanie and fira.kami amik 2 biji keta kancil yang memang dah lusuh sesangat..besak la..sep bajet sket kan..bila dh lapan orang..maka 4 orang satu keta la kan...aku naek satu keta dengan baiti, syah and zul..yang len2 naek ngan aiman..memula g umah aiman lu..letak motor..and then kami pon memulakan journey kami dengan keta dorang di hadapan..sampai ja tengah jalan,,dekat ngan bangunan tm..betol2 dekat dengan signboard etiqa,,keta kami mampoih tengah jalan,,zul try stat,,x bleh jugak..waktu tu memang tengah ramai orang..keta blakang dh stat hon kami dah..pastu zul cakap.."sial..batery low.."adow..skali battery wat hal la pulok..dia pon tolak keta ke tepi..dorang pon call org2 tertentu untuk mintak bantuan..ye la,,takkan mintak nasik pulak kan..selang beberapa puluh minit kendian..bantuan pon tiba..nenong2..si aiman sampai..bincang punya bincang..aiman antaq aku ngan baiti p cs lu..besak la..kami kan kaum hawa yang lemah..huk2..lemah ka,,,never mind..maka tinggallah zul ngan syah kat situ terkapai-kapai berduaan..
sampai ja cs..kami p surau..pastu syah call suh p naik beli tiket..aku pon p r ngan baiti..tiket pkol 2 tu ada..kl gangster..tapi waktu aku tengah beratur tu,,dh dekat pkol dua..line bukan main panjang habaq ang..aku pon beli la green lantern memandangkan tiket pkol 2 stengah..yang si fira,fatin n wanie leh lak p karaoke,,tak ajak aku pulak tu..geram tol..cita green lantern mang bez..muka hero dia macam hrithik roshan..betul ka aku eja ni..lantak..tapi memang bez..bagi aku lar..sapa tak tengok g make sure p tengok cecepat...

pas tu kami dapat soklan yang sangat memeranjatkan..depa tanya.."korang kesah tak naik keta berimpit lima orang kat belakang?"cam tu soklan dia ha..aku tak kesah..ok ja..tapi waktu makan kami dok pikiaq2 balek..kalo polis tahan camna..mampoih kami..so kami decide wat dua trip..aku, baiti,fira and zul balik dulu..pastu..baru zul p amik yang laen2..si aiman balik dulu ngan keta yang nazak tu coz ada hal kot..dengaq cita..keta tu rosak plak tengah jalan..apa la nasib badan..ni la experience aku yang tak seberapa..lepas ni jangan lupa check bateri keta..hu4..macam na tu..k,,chow!!

Friday, June 17, 2011

novel pilihan..

kalau di tanya mengenai novel pilihan buat masa sekarang ialah sudah pastinya novel sutera bidadari by ramlee awang murshid..jujur aku cakap,,sebelum,,semasa dan selepas membaca sutera bidadari,,aku ada macam2 perasaan..sebelum baca,,aku rasa tersangatlah excited sampaikan bila aku nampak novel ni kat popular hari tu aku hampir2 menjerit sebab buku ni tak sold out lagi..semasa baca..tinta ramlee awang murshid begitu memberi kesan ke atas diri aku..bahasanya yang amat puitis sangat2 menarik perhatian aku..pengakhiran setiap bab membuatkan aku jadi tertanya tanya apa yang bakal berlaku seterusnya..unsur saspens banyak diselitkan..ada jugak satu scene yang betul2 memberi kejutan yang teramat sangat dekat aku..yang membuatkan aku senyum sorang2 macam orang gila bila dah tau jawapannya..ada jugak scene yang membuatkan aku rasa terharu sampai menitiskan air mata macam tengok cita hindustan..watak yang sangat memberi kesan ialah saifullah dan sudeh tentunya laksamana sunan ataupun saifuddin..watak saifullah sangat2 memberi kejutan di akhir cerita..lain2 watak ialah raja roman juga memberi kejutan yang tidak terjangka di akhir cerita..sadik,maryam luna,indera,yedee.thariq,abdol rahman,panglima awang bagan,abid kamal,shahril..watak2 jahat seperti drakul,vlad the impaler yang punya sejarahnya yang tersendiri.aku tak tahu sejauh mana kebenaran cerita vlad the



impaler..

Saturday, May 28, 2011

TERHENTI DI SINI

tu dia...ni aku sertakan lirik lagu terhenti di sini by asfan.yang menghiasi cita nora elena kat tv3 nun...


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
c/o Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapatku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Andai kau dapat memahami
Bahwa ku menanggung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
Kerna ku masih terhenti di sini
c/o
Tak terdaya untuk ku lakukannya ku trima
Di waktu ku masih punyai cinta

Friday, May 27, 2011

cinta aku!!

he2..macam bez jek tajuk aku neyh..cinta ak..wow..sapew erK?takde sapew sebenaqnya..cinta aku skang ni ialah nora elena.ap?korang kata aku les??kuang ajo tol..takkan korang tak tau,,,nora elena kan tajuk cite yang sesangat diminati sekarang..aku mang kipassusahmati cite tu lah..adaptasi novel lah katakan..mesti la meletop kan..rasa kejap jek bila tonton cite tuh..tup2,,dah pukul lapan..wadowh...tak puas tengok seh,,,dah balik melbourne nanti mesti susah dah nak tengok..ye la..kat melbourne kan tak dapat siaran perth ni..hu4...terpaksa la aku tengok kat tenet jew..malaz tol..bertambah la bil brokband aku nampaknya...lagu dia memang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwaku akulah..ke atas ke dalam ek..entahlah,,bm aku bukannya A pon..he4..lagu paling best lagu terhenti di sini..aku nak beli la novel kasih yang suci tu..baca novel baru ada feel...tapi cite kena tengok jugak la kan..dah jadi penagih tv la pulak aku neh...mampos..xpe,,bakal di rawat bila dah baik melbourne nanti..awal2 memang macam ni...lelama ok la tu..

Saturday, April 16, 2011

dalam perancangan..,.,.,.,

holla!!!final exam dah dekat..and onezly aku still x study lagi...apa la nak jadik...dah lama tak merapu kat sini kan..besa la..dok sibul berfesbuk and ber u tube...heh4...radio pon dh jarang dengaq...so,,x tau sangat apa perkembangan muzik indie  sekarang..k lah...hentikan merapu..actually,,aku ad beberapa perancangan..juz plan tau..tak taulah nk jadi ke tak..plan pertama...aku nak tubuhkan indie clan..members dalam tu nanti of coz kipas susah mati indie lah..kalau lah plan ni menjadi,,akan ada beberapa xtvt untuk members such as hanging around together gather...karaoke,,bowling..jamming maybe...n bole lah g bercuti kalo nak kan...cakap pasal jamming..aku pon plan nak menubuhkan satu band yang ahli band tu akan di ambil dari members indie clan tadi..so,,dia lebih kurang macam uhs  club la..dia ada club n ada band dya sendirik...so,,kalo ada yang terbaca post aku neh..n mungkin berminat dengan indie clan neh..ley la ajak kengkawan join sekali ek...

second plan is...this is juz for me n this blog..,,indie local lalala,.,.  aku rancang nk wat satu cite n post kat sini..aku tak tau lagi apa tema cite aku tu..actually aku dh siapkan dua buah cita..satu cite pasal gamers,n satu lagi pasal..ehem-ehem..love la kan...tapi cite tu dah hilang entah ke mana..so..aku ingat nak buat cita yang baru dan i want something different for this new story..so,,kalo ada sesapa yang ada idea,,ley la gtau aku sama ada kat sini or face to face..owkey...tu jek...salam..

Tuesday, March 15, 2011

aku menanti kamoo,,,,,,,,,,,,,,

sebenarnya malam ni aku nak berjiwang sket...budak indie pon ad ati n perasaan gak beb...aku dah takda tmpat nk luahkan prasaan aku ni selain kat blog..sebab xkan kita nk luah prasaan kat fb ye x?suma org boleh baca kot...blog aku ni plak x suma buka baca...kan2,,ok,,based on the tajok above, aku menanti kamoo,,siapa kamu ni yer?xpayah la nak di mention namanya kat sini,,,sebab aku memang x nak org tau pon..bio la org tertentu saja yg tau..n x payah la aku nak luahkan perasaan aku tu kat dia sebab macam yang aku pernah kata la kan,,kalau melibatkan soal hati,tak payah di luah dengan kata2,,hati sendiri yang akan memainkan peranannya..ye tok?aku luah kat sini pon sebab perasaan aku memang dh tak terbendong sgt2,,apa pon yang terjadi,aku akan sentiasa berharap yang dia akan jadi nakhoda kepada pelayaran kami merentasi selautan kasih dan sayang.kalau dh di takdirkan allah yang dia lah orangnya,,aku berdoa supaya allah tetapkan hati aku untuk terus menunggu dia,,walau apa pon yang terjadi,,

Monday, March 7, 2011

MeNaNtI KaMu eVeRyDaY!!!!!

hai..dh lama aku tak update entry kat sini...kali ni izinkan aku ckap pelat utagha sket yek...sapa yang x paham tu sila rujuk kamus pelat2 di malaysia..(ada ka?)berdasarkan tajuk yang kat ataih tu...hampa semua ghasa,,,whats its all about yg aku nk masokkan atau nak gebang kat entry aku kali ni? mesti hampa suma ingat aku nak cakap benda2 jiwang kan...pasai feeling aku...pasai balak aku...(upss,,ada ka?)sebenaq-benaqnya,,,apa yang aku nk gebang kali ni ialah pasai satu lagu baghu yang dh mencughi hati aku...aiseymen...tajok lagu neh 'pulanglah'..hasil nyanyian awi rafael...memula aku dengaq lagu ni...time part dya dok sebot nama2 ari tu...aku dok gelak ngan roomate aku...pahtu dok kata ngan depa...ni lagu natang apa nih..tapi bila aku bukak fesbuk,dan aku tengok status shac xfm,dya dok bg tau nama lagu tu..tau dak pasaipa dya dok xcited bagi tau nama lagu tu?sebabnya suma orang yang dok mintak lagu kat dia dok sebot nama2 ari tu lah...contoh dya cmni...'abg shac,,nk mintak lagu monday tuesday wenesday and thursday boleh dak???'ha2,,,bila aku baca status shac,,,seyes aku gelak guling2 ataih bangku..siap baca lirik teruih..tajuk lagu dya pendek ja...pulanglah...pahtu aku pon mulalah mencari dekat youtube lagu neh...mula2 cari kat 4shared..takdak lagi...cari punya cari sampai ari kedua aku cari barulah jumpa...seketoi dia keluaq dalam youtube...aku pon download lah...dalam tu cari lah lirik dya plak...ghupanya bila dok dengaq lama2 lagu tuh,bez jugak norh...siap aku dok nyanyi sambey dengaq lagi...roomate aku pon layan...time chorus 'pulanglah sebelom ku runaway',,si sya dok manyampok nyanyian aku yang merdu tuh...dya dok ulang2 lah ayat 'ce sabo,,,aku nak pulanglah ni...' bengong tol...aku ghasa awi rafael ni dah terkenal kot..dh faymes pon kan...cuma bagi orang yang tak suka dengaq lagu,,depa x kenai la mamat neh....apapon,,lagu dia mang bezlah...kalau nak dengaq gak,,bolehlah tune ke xfm dan buatlah permintaan lagu.jangan dok mintak lagu monday tuesday wednesday thursday lak..habaq pi kat dya nak lagu pulanglah nyanyian awi rafael...ok ,,sekian,,,wasalam..(ops..lupa nk bagi salam awai2 tadi...apa la...)

'pulanglah sebelum ku runaway
aku menanti kamu everyday
aku menunggu dari monday tuesday wednesday thursday
aku tak ingin tak perlu'

p/s sila baca dan nyanyi di dalam pelat utagha...sekian,,trimas!!!

Thursday, February 10, 2011

DI SEBALIK INDIE!!!

nampaknya ada sedikit salah faham...memang lah blog aku ni di create untuk memartabatkan muzik indie tanah air,,tetapi hanya sebagai tambahan or sidekick org ckap...well,,ak pon ad mende yang aku perlu jadikan topik selain menceritakan kisah hidop ak yang agak memboringkan tu...gpon,,ada ke org yang nk baca tentang kisah hidop ak??aku pon malas nak amek tau...so,,kepada manusia2 yang nak dengar muzik luar,,di blog aku bukan tempatnya sebab aku juz sediakan beberapa video from malaysia jek...ak akan update video tu lah...tapi tak semestinya video tu adalah video terbaru...kalo ada ap2 suggestion untuk di 'add' ke dalam blog ni supaya lebih mantop ley la bg ek..mekacih...luv u allzz...

SYAITAN PON TAKOT!!!

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak  mengerjakan solat,maka syaitan pon sambil tersenyum bergumam,”orang ini bakal menjadi sahabatku…!” begitu juga ketika waktu zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,syaitan tersenyum lebar sambil membatin, “rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti…!”
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihat masih juga asyik dengan kegiatannya,syaitan mulai terdiam…
Kemudian ketika datang waktunya maghrib,teman itu ternyata tidak solat juga,maka syaitan nampak mulai gelisah.senyumnya sudah berubah menjadi kecut,,dari wajahnya nampak bahawa ia seolah olah sedang mengingat sesuatu.dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat isya’,maka syaitan itu sangat panik.ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi,dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan…
“wahai sahabat,aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!”
Dengan keheranan manusia ini bertanya, “kenapa engkau ingkar janji.bukankah baru pagi tadi kita berjanji akan menjadi sahabat?”
“aku takut!”jawab syaitan dengan suara gementar.””nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya,iatu ketika menolak disuruh sujud pada Adam,telah dilaknat-Nya,apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya.tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka allah kepadamu!!”kata syaitan sambil beredar pergi.

Wednesday, February 9, 2011

aSaL uSuL aPASaL???


Sutera
Dulu2,org pgel china neh tiongkok…once upon a time,,ratu xi ling-shi dok melepakkan diri kat taman.kendian baginda terjumpa kepompong tu,lalu disentuhnya.tetiba,baginda nampak benda macam tali.baginda pon tarik,lelama jadi panjang sampai balut jari dia,,ropenye tali tu macam benang,,,baginda pon announcement kata benang tu leh wat kain…and then,,dorang sume watla sutera ngan guna benang tu,,,

Kuih bulan
waktu zaman perang dolu2,waktu pemerintahan mongul yang tersangat kejam,,kuih ni dijadikan alat penyebaran maklumat oleh geng2 pemberontak,,,,dibawah pimpinan xhu yuan zhang,,dorang ada la selitkan nita lam kuih ni,,dlam nota tu tertulis strategi perang dan menyeru rakyat menentang kezaliman mongul.lastly..dorang menang..


Gamelan
Berasal dari pkataan gamel,,(jawa kuno) dan gambel(kawi bali) yg bmaksud bermain,,dipukul atau palu,persembahan ini glemer di kalangan orang istana Terengganu dan menjadi permainan rakyat di johor.kat Indonesia yaitu di bali dan jawa pon glemer gak gamelan neh..nama lainnya ialah caklempong.


Mak yong
Tarian mak yong ada unsur2 ketuhanan dan inspirasi.mak yong berasal dari nama mak hiang atau nama semangat padi dan ada persamaan dengan dewi seri,dewi hindu-jawa.ianya dianggap sebagai satu pemujaan pada  kejadian alam,macam lirik kat dalam lagu mengadap rebab iatu lagu pengiring tarian pembukaan.tarian ni dipersembahkan lepas org kampong abes menuai padi kat bendang..glemer kat pattani,Kelantan dan kepulauan riau.



Friday, January 28, 2011

JaNGaN TaNaM PoKoK SeMBaRaNGaN!!!

Org tua2 seringkali  mengaitkan perkara tahyul dengan pokok tanaman,pokok bunga,batang,daun dan akar kerana dipercayai memberi makna2 tertentu kepada org yg menanamnya.ia memberi petanda samada keuntungan atau kerugian pada pemiliknya.kat bawah ni aku ada senaraikan sedikit (sikit ke?)kepercayaan utk renungan dan kajian bersama..but,,jangan percaya bulat2 k…
Do
ΓΌ  Tanam pokok bunga cempaka kerana kononnya pemilik rumah tersebut akan merasa tenteram dan damai bersama keluarganya..
ΓΌ  Org yg menanam pokok pinang merah dipercayai akan memperoleh keuntungan dan rezeki.selain itu,boleh mengelak drpd terkena sihir atau sebarang niat tak baik org…
ΓΌ  Menanam pokok bunga matahari dipercayai dapat memberi kebahagiaan,kedamaian dan keharmonian dlm rumah tangga..bunga matahari kan cantik…
ΓΌ  Pemilik rumah yg menanam pokok ciku di halamannya kononnya akan dihormati masyarakat…tapi,,kalo tak nak share buah ciku tu..tak tau nak cakaplah kan…
ΓΌ  Tanamlah pokok kenanga,melor dan halia kerana berfungsi sebagai tangkal untuk sihir dan niat tak baik org dkat kita…
ΓΌ  Tanam pokok wijaya kusuma(fuhhh…)pokok ini bleh didapati di puncak gunung.kononnya boleh memberi rezeki yg bnyak kpada pmiliknya…tapi kalo x berusaha tak guna jugak kan…
ΓΌ  Bagi peminat bunga mawar,,,bertuahlah anda kerana ia dapat memberi rezeki yang banyak kpada pmilik rumah…bunga mawar mahal kot…
ΓΌ  Tau bunga kemboja?bunga kemboja yang berkelopak ganjil pernah nampak?ha…yg tu dikatakan dapat memberi rezeki yg bnyak kpd pemiliknya…korang buatla pameran kew…1 hengget per head..masyuk tu…
ΓΌ  Buluh yang tak berlubang sekali lagi bley mjadi pnangkal kpd ilmu hitam..
ΓΌ  Bila nak hadapi seseorang,,gntung daun sireh…kononnyalah..org tu akan ikut ckap kita. 
ΓΌ  Ha…yg ni bez…letak sireh dlam kasut wk2 masok dewan peksa..dpat bagi ketenangan…1 lagi,dapat meninggalkan rasa simpati pd diri kekasih dan calon mertua.

ΓΌ  Tanamlah pokok keladi besar di setiap penjuru rumah utk mghindari rumah drpd dimasuki pencuri…pntu  jgn lupa kunci pulak yer…


Dont’s

  •          Jangan tanam bawang,,memberi pengaruh yg menyedihkan..pemilik akan slalu ditimpa kesusahan..
  •      Jangan tanam pokok lada yer kwan2…nnti akan blakunya banyak perselisihan faham seterusnya berlakulah ptengkaran..
  •    Dilarang menunjukkan bunga pokok buah..takot bunga gugur dan pokok tu pon tak boleh berbuah…  
  •      Betik sedap kan?tp jaga2,,tanam kat halaman rumah boleh manyebabkan pemiliknya mendapat sial..bak kata org cina,,banyak suwey r…
  •   Jangan sesekali menanam pokok anggur di halaman…takot nanti akan kehilangan mata pencarian…yela..anggur susah kan nak berbuah kat Malaysia neh..
  •    Pemilik rumah yg menanam pokok belimbing akan slalu diganggu roh jahat…betol ke??
  •   Tanam pokok jagung plak bley menyebabkan pemilik rumah slalu dpat penyakit dan kerap btengkar dgan jiran atau kuarga..
  • Ngeri aku nak taip..jangan tnam pokok kemboja..seram dowhh..rasa mcam kat k.u.b.u.r lak…he…
  • Jgn tebang pokok buluh waktu lunch…tengahari da…bkan ap..takot buluh tu nnti cpat rapuh dan patah…
  • Korang tau tak pokok beringin tu camna?tak kesah la kan…tp org ckap…bkan ak ckap taw..pokok tu tmpat roh jahat duduk…




Kepercayaan ini di buat mungkin disimbolikkan dengan sesuatu perkara…so,,terpulanglah kpd kita samada nk pcaya or tak..jgn jd syirik dh..yg pnting,,,aqidah kena mantop!!!

Sunday, January 23, 2011

TEKA TEKI LA PULOK!!!

slalunya kalau kat facebook dulu aku ni memang di kenali dengan teka teki aku yang memang mencabar minda...tapi ak tak taulah mencabar minda budak darjah berapa kan...ramai gak la yang cuba test try nak jawab teka teki aku tuh walaupon aku dapat banyak jawapan yang tak masok akal....sampai kadang2 ada orang yang request teka teki dr ak...so,,kat sini ak nak bagi beberapa teka teki yang aku pernah tanya friends aku kat fb...
  • air apew yang boley terbang??
  • apa beza jatoh pokok nyoq(klapa) dgn jatuh perigi..
  • campak dlam air pecah,,cmpak atas tar tak pecah
  • ikan apa ada ketiak
  • ikan apa takde ekor,sisik n tulang?
  • ikan apa sntiasa sejuk?
itu je kot yang aku ingat buat masa neh...aku kena bukak kitab teka teki aku dulu larh....kitab tu plak leh lak roomate ak tinggal kat bilik kwan dya...n yang the rest ak tinggal kat umah....korang nak tau pew kitab teka teki ak tu??yg tu akan aku cite dlam my next post...

Friday, January 21, 2011

benda yang ak akan wat bila otak ak tgah serabot....

di bawah ni adalah senarai benda yang ak akan buat bila otak ak tgah serabot giler2...bila tgah ada masalah yang ak rasa macam tak da jalan keluar...n ak mghadapi satu situasi yg mbuatkan ak moody tak semena...
geramnya!!!!


  • firstly,,ak akan naik ke tingkat paling tinggi kat kolej aku and termenong sorang2 sampai org len kata ak gila or nk bunuh diri...ak akn wat benda ni bila takde orang la...so,,takde la orang nak kata aku gila kan...
  • secondly,,ak akan menjert kuat2...tapi mak ak cakap,,org islam tak baek lepaskan marah macam tu....so,,,yang ni ak buat gak...tapi ak jerit lepas ak dah tekup muka ak ngan bantal...so,,,roomate ak jew leh dengar ak jerit...
  • next,,,ak akan tulis perkara yang membuatkan ak serabot kat satu kertas...ak renyukkan kertas tu,,,pastu ak makan,,,(korang percaya kew?)
  • ak dengar lagu spider banyak2 kali.....honestly lagu spider mmbuatkan bulu roma ak meremang...
  • ak bkak radio n dgar xfm...sbab dorang psang lagu local....ak kan support local...scara x lgsong ak lbih up 2 date drpd kwan2 ak yg x dgar xfm...
  • n yang pling last skali yg slalu org kita lupa ialah.......ak akan g toilet,,,amek wudhu',,n sembahyang....walaupun hiburan tu kadangkala boleh mereleasekan tension kita,,wudhu' tu memadamkan api kemarahan...sembahyang tu merungkai kekusutan...doa tu senjata kita...n bacaan al quran tu pembersih jiwa...kalau korang tak percaya,,ley cuba test try uji....

Thursday, January 20, 2011

tak faham aku!!!!


ak mang betol2 tak faham la...apasal la orang kita lebih kenal pemuzik luar daripada pemuzik tanah air...lepas tu manjang nyanyi n dengar lagu luar..lagu indon la...inggeris...jepun and so on...mang la lagu dorang ni agak bez..tapi sebenarnya korang faham kew ngan maksud lagu tu??ap yang dorang cuba nak sampaikan??entah2 menghina agama kita...mana la kita nak tau kan...but,,,tak semua la lagu luar macam tu kan...lagi satu,,kita dok kalut2 dok nyanyi lagu diorang2 neh,,,korang ingat manusia sebangsa ngan diorang ada ke nyanyi lagu melayu?tak pon lagu malaysia.lagu hujan kew...lagu ana rafali kew...entah2,,malaysia pun dorang tak kenal...kita sibuk download lagu dorang..hafal lagu dorang..n nyanyi lagu dorang..kalo nyanyi betul takpe la jugak..ni nak masuk pertandingan jangan lupa lirik pun memang konfem2 tersingkir awallah...bila aku tanya kenal tak bliz?angelika?ramai yang jawab..."eh,,band luar negara kew??"terkedu gak...tak ramai orang yang minat ngan band macam ni rupanya...dan tak kenal langsung..dan kat sinilah ak nampak orang kita lebih kenal band luar dari band sendiri...

dari creator indie local lalala,.,.,.

blog ni di 'create' untuk memartabatkan musician local and indie...untuk memperkenalkan lagu2 baru pemuzik tanah air..mengesyorkan stesyen radio terbaik untuk para pendengar yang inginkan lagu2 local..,,and so on,,,dan untuk mengumpulkan peminat dan penyokong muzik local dan indie...yeah!!so,,stay tuned....