Friday, January 28, 2011

JaNGaN TaNaM PoKoK SeMBaRaNGaN!!!

Org tua2 seringkali  mengaitkan perkara tahyul dengan pokok tanaman,pokok bunga,batang,daun dan akar kerana dipercayai memberi makna2 tertentu kepada org yg menanamnya.ia memberi petanda samada keuntungan atau kerugian pada pemiliknya.kat bawah ni aku ada senaraikan sedikit (sikit ke?)kepercayaan utk renungan dan kajian bersama..but,,jangan percaya bulat2 k…
Do
ü  Tanam pokok bunga cempaka kerana kononnya pemilik rumah tersebut akan merasa tenteram dan damai bersama keluarganya..
ü  Org yg menanam pokok pinang merah dipercayai akan memperoleh keuntungan dan rezeki.selain itu,boleh mengelak drpd terkena sihir atau sebarang niat tak baik org…
ü  Menanam pokok bunga matahari dipercayai dapat memberi kebahagiaan,kedamaian dan keharmonian dlm rumah tangga..bunga matahari kan cantik…
ü  Pemilik rumah yg menanam pokok ciku di halamannya kononnya akan dihormati masyarakat…tapi,,kalo tak nak share buah ciku tu..tak tau nak cakaplah kan…
ü  Tanamlah pokok kenanga,melor dan halia kerana berfungsi sebagai tangkal untuk sihir dan niat tak baik org dkat kita…
ü  Tanam pokok wijaya kusuma(fuhhh…)pokok ini bleh didapati di puncak gunung.kononnya boleh memberi rezeki yg bnyak kpada pmiliknya…tapi kalo x berusaha tak guna jugak kan…
ü  Bagi peminat bunga mawar,,,bertuahlah anda kerana ia dapat memberi rezeki yang banyak kpada pmilik rumah…bunga mawar mahal kot…
ü  Tau bunga kemboja?bunga kemboja yang berkelopak ganjil pernah nampak?ha…yg tu dikatakan dapat memberi rezeki yg bnyak kpd pemiliknya…korang buatla pameran kew…1 hengget per head..masyuk tu…
ü  Buluh yang tak berlubang sekali lagi bley mjadi pnangkal kpd ilmu hitam..
ü  Bila nak hadapi seseorang,,gntung daun sireh…kononnyalah..org tu akan ikut ckap kita. 
ü  Ha…yg ni bez…letak sireh dlam kasut wk2 masok dewan peksa..dpat bagi ketenangan…1 lagi,dapat meninggalkan rasa simpati pd diri kekasih dan calon mertua.

ü  Tanamlah pokok keladi besar di setiap penjuru rumah utk mghindari rumah drpd dimasuki pencuri…pntu  jgn lupa kunci pulak yer…


Dont’s

  •          Jangan tanam bawang,,memberi pengaruh yg menyedihkan..pemilik akan slalu ditimpa kesusahan..
  •      Jangan tanam pokok lada yer kwan2…nnti akan blakunya banyak perselisihan faham seterusnya berlakulah ptengkaran..
  •    Dilarang menunjukkan bunga pokok buah..takot bunga gugur dan pokok tu pon tak boleh berbuah…  
  •      Betik sedap kan?tp jaga2,,tanam kat halaman rumah boleh manyebabkan pemiliknya mendapat sial..bak kata org cina,,banyak suwey r…
  •   Jangan sesekali menanam pokok anggur di halaman…takot nanti akan kehilangan mata pencarian…yela..anggur susah kan nak berbuah kat Malaysia neh..
  •    Pemilik rumah yg menanam pokok belimbing akan slalu diganggu roh jahat…betol ke??
  •   Tanam pokok jagung plak bley menyebabkan pemilik rumah slalu dpat penyakit dan kerap btengkar dgan jiran atau kuarga..
  • Ngeri aku nak taip..jangan tnam pokok kemboja..seram dowhh..rasa mcam kat k.u.b.u.r lak…he…
  • Jgn tebang pokok buluh waktu lunch…tengahari da…bkan ap..takot buluh tu nnti cpat rapuh dan patah…
  • Korang tau tak pokok beringin tu camna?tak kesah la kan…tp org ckap…bkan ak ckap taw..pokok tu tmpat roh jahat duduk…




Kepercayaan ini di buat mungkin disimbolikkan dengan sesuatu perkara…so,,terpulanglah kpd kita samada nk pcaya or tak..jgn jd syirik dh..yg pnting,,,aqidah kena mantop!!!

Sunday, January 23, 2011

TEKA TEKI LA PULOK!!!

slalunya kalau kat facebook dulu aku ni memang di kenali dengan teka teki aku yang memang mencabar minda...tapi ak tak taulah mencabar minda budak darjah berapa kan...ramai gak la yang cuba test try nak jawab teka teki aku tuh walaupon aku dapat banyak jawapan yang tak masok akal....sampai kadang2 ada orang yang request teka teki dr ak...so,,kat sini ak nak bagi beberapa teka teki yang aku pernah tanya friends aku kat fb...
  • air apew yang boley terbang??
  • apa beza jatoh pokok nyoq(klapa) dgn jatuh perigi..
  • campak dlam air pecah,,cmpak atas tar tak pecah
  • ikan apa ada ketiak
  • ikan apa takde ekor,sisik n tulang?
  • ikan apa sntiasa sejuk?
itu je kot yang aku ingat buat masa neh...aku kena bukak kitab teka teki aku dulu larh....kitab tu plak leh lak roomate ak tinggal kat bilik kwan dya...n yang the rest ak tinggal kat umah....korang nak tau pew kitab teka teki ak tu??yg tu akan aku cite dlam my next post...

Friday, January 21, 2011

benda yang ak akan wat bila otak ak tgah serabot....

di bawah ni adalah senarai benda yang ak akan buat bila otak ak tgah serabot giler2...bila tgah ada masalah yang ak rasa macam tak da jalan keluar...n ak mghadapi satu situasi yg mbuatkan ak moody tak semena...
geramnya!!!!


  • firstly,,ak akan naik ke tingkat paling tinggi kat kolej aku and termenong sorang2 sampai org len kata ak gila or nk bunuh diri...ak akn wat benda ni bila takde orang la...so,,takde la orang nak kata aku gila kan...
  • secondly,,ak akan menjert kuat2...tapi mak ak cakap,,org islam tak baek lepaskan marah macam tu....so,,,yang ni ak buat gak...tapi ak jerit lepas ak dah tekup muka ak ngan bantal...so,,,roomate ak jew leh dengar ak jerit...
  • next,,,ak akan tulis perkara yang membuatkan ak serabot kat satu kertas...ak renyukkan kertas tu,,,pastu ak makan,,,(korang percaya kew?)
  • ak dengar lagu spider banyak2 kali.....honestly lagu spider mmbuatkan bulu roma ak meremang...
  • ak bkak radio n dgar xfm...sbab dorang psang lagu local....ak kan support local...scara x lgsong ak lbih up 2 date drpd kwan2 ak yg x dgar xfm...
  • n yang pling last skali yg slalu org kita lupa ialah.......ak akan g toilet,,,amek wudhu',,n sembahyang....walaupun hiburan tu kadangkala boleh mereleasekan tension kita,,wudhu' tu memadamkan api kemarahan...sembahyang tu merungkai kekusutan...doa tu senjata kita...n bacaan al quran tu pembersih jiwa...kalau korang tak percaya,,ley cuba test try uji....

Thursday, January 20, 2011

tak faham aku!!!!


ak mang betol2 tak faham la...apasal la orang kita lebih kenal pemuzik luar daripada pemuzik tanah air...lepas tu manjang nyanyi n dengar lagu luar..lagu indon la...inggeris...jepun and so on...mang la lagu dorang ni agak bez..tapi sebenarnya korang faham kew ngan maksud lagu tu??ap yang dorang cuba nak sampaikan??entah2 menghina agama kita...mana la kita nak tau kan...but,,,tak semua la lagu luar macam tu kan...lagi satu,,kita dok kalut2 dok nyanyi lagu diorang2 neh,,,korang ingat manusia sebangsa ngan diorang ada ke nyanyi lagu melayu?tak pon lagu malaysia.lagu hujan kew...lagu ana rafali kew...entah2,,malaysia pun dorang tak kenal...kita sibuk download lagu dorang..hafal lagu dorang..n nyanyi lagu dorang..kalo nyanyi betul takpe la jugak..ni nak masuk pertandingan jangan lupa lirik pun memang konfem2 tersingkir awallah...bila aku tanya kenal tak bliz?angelika?ramai yang jawab..."eh,,band luar negara kew??"terkedu gak...tak ramai orang yang minat ngan band macam ni rupanya...dan tak kenal langsung..dan kat sinilah ak nampak orang kita lebih kenal band luar dari band sendiri...

dari creator indie local lalala,.,.,.

blog ni di 'create' untuk memartabatkan musician local and indie...untuk memperkenalkan lagu2 baru pemuzik tanah air..mengesyorkan stesyen radio terbaik untuk para pendengar yang inginkan lagu2 local..,,and so on,,,dan untuk mengumpulkan peminat dan penyokong muzik local dan indie...yeah!!so,,stay tuned....