Thursday, November 26, 2015

manusia yang aku sokong

sebenaqnya, memang dari semalam lagi aku berniat nak update blog ni. tapi dengan tajuk yang berlainan. semalam aku bercadang nak review novel yang aku baru habis baca. 3T. Tunangku tidak tampan. tapi hari ni bila mangkit dari tidoq, aku terasa nak update pasal benda lain. sebab satgi kalau lama-lama aku takut lupa..

macam ni ceritanya.

ada seorang hamba allah yang aku sayang. lelaki. bukan ayah aku. bukan adik beradik aku. tapi yang pasti dia special kepada aku. dia ada masuk satu pertandingan ni. dia lebih kurang macam pertandingan reka cipta yang budak art and design duk masuk. tapi , ni lagi advance sebab involve robot. aku dah pernah tengok produk ciptaan dia dan pesaing yang lain. tapi aku tetap nak pi sokong dia pada hari pertandingan.

nak di jadikan cerita, pada hari pertandingan, dia dah lengkap pakai uniform. maybe uniform tu dah di khaskan untuk team dia. aku pakai baju biasa ja la..dah penonton kan. aku mula-mula temankan dia pi tempat pertandingan. pastu dia kena pi ready apa yang patut agaknya, so dia tinggalkan aku dengan kawan aku, si zaida. aku pun berjalan la dengan zaida pi stadium mini. tempat pertandingan di jalankan. tiba-tiba aku teringat yang aku tak bawak handphone. macam mana la benda yang paling penting macam tu aku boleh lupa bawak. macam mana aku nak ambik gambaq satgi?

aku tanya zaida. pertandingan dah nak mula kan. ya..pertandingan dah nak mula. orang dah penuh kat stadium. mukadimah pertandingan dengan tembakan bunga api pun dah nak start. so, aku tak jadi balik amik handphone. kami sampai kat tempat duduk penonton. aku terserempak dengan wani silat. salam, peluk cium la sebab lama tak jumpa. lepas tu terserempak pulak dengan liesa silat. aku hulur tangan nak salam dengan dia. dia sambut. nak peluk dia. dia tak mau. liesa macam marah dekat aku. sedih aku.

lepas tu, pertunjukan bunga api pun bermula sebagai mukadimah pertandingan. semua penonton terpesona habis. lepas tu, semua peserta turun serentak ke tengah tempat pertandingan dengan barang-barang depa. semua peserta mula pasang. penonton reyuh tak sangga. duk sokong kawan-kawan depa. aku duk cari gak team orang yang aku sayang tu. jumpa. aku tengok depa duk pasang benda tu dah dekat separuh jalan. tapi, macam ada masalah. macam stuck. last,depa tarik diri. lepas tu, rasanya team depa balik terus. down mungkin. aku tak terus balik. aku terus lagi tengok pertandingan tu. sampai la peserta yang duduk hujung sekali berjaya hidupkan robot jerung depa yang boleh menari.

lepas tu, aku dengan zaida pun balik. kami tak kesah dah sapa yang menang. kami nampak dekat kelas, macam banyak sangat binatang. aku masuk dalam kelas, pi tanya depa, ni sekolah ka zoo?? ya, niat sebenaq nak tanya depa, mana lelaki kesayangan aku. aku nak pi bagi kata semangat kat dia. tapi aku macam terpukau tengok binatang banyak sangat. pelik-pelik pulak tu. yang kawan-kawan aku dalam kelas tu, dok panggil nama aku suruh masuk.

"mai la shue"

depa suruh try pegang satu binatang ni. kecik. comey. nak kata kucing dak. kucing kalau kita pegang, halus, lembut ja..ni bila pegang macam ada renjatan. macam sedut tangan kita. lepas tu kawan aku kata, try tutup lampu, mesti menyala keluaq api. aku kata, tutup lampu, hampa buat aku marah..


depa pelik..

aku kata, tutup la lampu.

aku dah sedia dah nak petik jari aku.

depa pun tekan suis lampu..

dan alarm phone aku berbunyi..sekian..

Saturday, November 21, 2015

Relevankah buku di jual dengan harga yang mahal??

hello penggemar buku sekalian...

baru-baru ni, aku ada membeli buku (novel) yang bertajuk "tunangku tidak tampan". pengarangnya ialah rusydi/abang bikai/encik sederhana. ekceli aku memang minat dengan posting atau status encik sederhana. memandangkan beliau telah menerbitkan sebuah novel seperti tajuk yang di atas, aku pun tertarik untuk membeli. memandangkan encik sederhana merupakan seorang lelaki, dan aku percaya novel nukilan seorang lelaki lebih bermutu daripada novel nukilan beberapa orang perempuan *cough*. aku pun whatsapp encik sederhan bertanyakan hal buku. percaya atau tidak buku cetakan pertama dan ke dua sudahpun sold out. jadi kepada encik2 yang sudahpun menjadi viral di laman sosial seperti mat luthfi, amran fans,dan encik sederhana, bolehlah mengeluarkan buku. pasti laris bagai pisang goreng.

berbalik kepada insiden jual beli buku, aku agak terkejut dengan harga buku tersebut. RM57. fikir 2 kali jugak nak beli. maklumlah, aku bukannya punya kerja tetap lagi. jadi, fikir punya fikir, aku dah pun baca hampir 10 chapter novel tu. maknanya, aku dah pun berjaya beli novel tu.

persoalannya, relevankah buku di jual dengan harga yang mahal?

1. mahal itu subjektif. mahal bagi aku mungkin murah bagi orang lain. yang penting kualiti. kalau mahal tapi kualiti rendah, tak guna jugak. tapi kalau mahal, kualitinya bagus, insya allah relevan.

2. buku itu cetusan idea. sesetengan penulis membuat kajian yang terperinci sebelum menulis buku. kajian memerlukan masa. tak semua orang boleh mencetuskan idea yang sama. kecualilah kalau ianya cetak rompak karya penulis lain. tapi buku ini lain dari yang lain.maka ianya relevan

3. masa. ingat senang nak luangkan masa untuk menulis cerita, aku tahu sebab aku pun pernah banyak kali tergendala menulis cerita. seingat aku, hanya satu cerita yang siap aku karang. entah mana hilang sekarang.

4. modal dan keuntungan. novel itu bukannya di upload dalam bentuk digital. ianya dicetak di atas kertas. kertas itu perlukan modal. sang penulis juga mahukan pulangan. jadi, sudah tentu ianya relevan.

plus, aku dapat 4 mini poster karya encik sederhana. ingat senang??

maka, konklusinya buku relevan di jual dengan harga yang mahal..