Friday, October 30, 2026

HIGH COUNCIL UNIVERSE

lamanya tak review drama/movie. selalu review dekat FB. pastu thread. ni rasanya first time aku review dekat blog. aku sebenarnya dah pernah tengok PHC sebelum ni. tapi tak habis pun episod pertama. sebab rasa cringe. pastu recently kudrat keluar dan banyak gila teori keluar. jadi aku pun tertarik nak tengok dan of course la aku start dari PHC. PHC kisah Fakhri budak yang suka bertumbuk masuk sekolah SBP. rupanya abang dia pun sekolah situ jugak. dorang ni dari broken family. abang ikut mak, adik ikut ayah. dekat sekolah tu ada high council. pertubuhan underground yang jaga sekolah dan asrama. cikgu pun taktau pasal high council ni. yang tahu hanya lah pelajar dan alumni. fakhri masuk situ dan rasa high council ni patut dihapuskan sebab ketua dia and the other council ni punya pemerintahan bodoh gila. start dengan kes dadah yang sebabkan budak2 keracunan. pastu kes bersifat 18sx pulak. dan tu yang buat high council terkubur dalam cerita ni Kahar:Kapla High council cerita pasal macam mana Kahar boleh jadi kapla high council. kahar ni anak alumni tersohor. dia masuk pun pakai kabel. sekolah tak pandai. nama tak dikenali. tak macam abang-abang dia. ending dia bagi aku ok lah sebab dia sedar silap dia, dia insaf semua. KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL dalam PHC, ada tunjuk tugu peringatan tentang 3 orang pelajar yang meninggal pada tahun 1968. basically cerita ni mengisahkan kejadian tahun 1968. siapa pengasas Kudrat, macam mana High Council terbentuk and etc. bagi aku kisah ni lebih kepada brotherhood. apa yang jadi kalau orang berkuasa menyalahgunakan kuasa. apa jadi dekat budak-budak bawah umur kalau orang dewasa tak function. kesilapan orang dewasa boleh lead kepada kemusnahan budak bawah umur. begitulah lebih kurang

Wednesday, October 14, 2026

kena kejar debt collector

know know dah 2026. anak pun dah 3. hampir 10 tahun kawin. kerja pun takde. haha. hari tu aku kerja dengan pembekal perabot kejap. mulanya sebagai dropship je. pastu boss bukak cawangan dekat jitra, aku appointed as penjaga stor situ. tapi kerja tu takde kwsp socso. aku dapat elaun dan komisen je. tu pun elaun 1k je sebulan. cumanya kerja agak santai lah. plus boleh bawak anak. pastu ada la masalah sikit dari segi tempat. tempat tu tak strategic dan ada masalah nak dapatkan lesen premis. so terpaksa tutup. pastu boss suruh cari tempat baru dekat dengan rumah aku. jumpa la satu. situ boss cakap nakk buat pejabat urusan dan display showroom je. selain tempat aku, ada 2 lagi cawangan yang bukak dekat negeri lain. so elaun aku berkurang dari 1k ke 500. pastu company macam ada masalah sikit, lead banyak masuk, tapi susah nak close. ramai antara kami yang tak capai target bulanan pun. ada yang takde sale langsung pun ada. padahal sebelum ni ok je capai target semua. jadinya boss buat rule baru, kena ada at least 1 sale, baru dapat elaun. lepas tu pejabat urusan tu pun tutup dan elaun pun da takde. ramai antara kami yang tarik diri. aku rasa sekarang ni tinggal 3 orang je kot termasuk aku. so, berbalik kepada debt collector tadi. aku memang dah bayar ptptn bulanan untuk degree sebanyak 89. yg ni takde tunggakan sebab aku grab promosi settle tunggakan 300 dan buat penstrukturan. masalahnya sekarang ni adalah akaun diploma aku. tunggakan 13k. aku baru bayar berapa ratus je. aku ingat nak tunggu next promo untuk settle tunggakan. tapi nasib tak menyebelahi aku bila nama aku dah diserahkan kepada APH. jadi APH yg handle kes aku sekarang. dorang call aku mintak aku settle 50% tunggakan which is 7k. mana aku ada amount tu. kerja pun tak sekarang. pastu agak stress jugak la sekarang. pastu aku bincang dengan laki aku. aku tanya la bila dia boleh buat pinjaman lagi. aku nak pinjam duit dia dulu nak settle pinjaman diploma. dia cakap tahun 2028. so the next time APH call , aku bagitau plan aku tu tapi dorang tak boleh tunggu lagi 2 tahun. runding punya runding, dorang setuju untuk aku bayar 3.4k dulu, pastu bayar bulanan ikut kemampuan aku sampai la cukup 7k tu. pastu baru nama aku clear balik dan boleh restructure dengan ptptn untuk gabung akaun diploma dan akaun degree. so aku pun setuju. aku ingat aku boleh pinjam spaylater dulu. rupanya spaylater ni hanya boleh dipinjam oleh orang yang ada kerja tetap. aku kembali buntu. last resort aku adalah gadai cincin kawin, tunang dan rantai yang mak aku bagi. tu pun aku pikir, cukup ke? laki aku bawak pi gadai. alhamdulillah...dapat 3k jugak. lagi 400 je. duit simpanan aku ada 200 lebih. sepatutnya 400 lebih tapi hari tu kereta rosak, aku dahulukan duit aku dulu. nanti duit anak aku masuk baru boleh settle lagi 400. pastu nanti bayar bulanan je. bulanan pun aku bergantung pada shopee affiliate, task reward, multipolls, shopback dan satu lagi Task AI. tak pasti la task AI tu legit ke tak. aku dah withdraw 2 ratus. kalau masuk nanti, kira legit la tu. semua yg aku buat ni zero modal. kalau boleh bayar sebulan 100 pun dah alhamdulillah. nak dapat sales pun belum tentu dapat setiap bulan..

Thursday, January 8, 2026

solat dalam dorm (sodorm)

pelik pulak singkatan sodorm tu. tapi ni lah singkatan yang kami gunakan untuk ayat solat dalam dorm. dulu kat asrama rule dia kena solat dalam surau. tak boleh solat dalam dorm. tapi kami biasa la,rebel. solat jugak dalam dorm. dorm pulak dorm paling luas kat asrama. pastu bila pindah asrama, kami dapat dorm sempit. malas nak turun surau, kami jadikan bilik hujung (aku tak pasti bilik apa) macam bilik simpan barang cleaner pun ada, macam bilik letak box eletrik pun ada. tapi yang pasti , bilik tu kami gunakan sebagai bilik lepak kami. sambil buat homework, sambil solat. allah, aku dah makin kurang ingatan bab ni. aku bukan nak cerita pasal memory ni sebenarnya. tapi pasal mimpi aku tadi. aku mimpi kami ramai2 solat dalam dorm. waktu tu hari jumaat. dalam mimpi aku tu kami sepatutnya solat di surau/masjid. tapi kami memilih untuk tak pergi. dan solat dalam dorm sahaja. pastu tetiba ada orang ketuk pintu kuat gila. macam nak roboh pintu. pintu pulak macam pintu bilik air yang plastik tu. aku punya la tahan pintu tu tak bagi terbukak. lepas tu aku terus cari telekung sebab nak solat. time tu la aku tak jumpa telekung aku dalam banyak2 telekung tu. rupanya member aku terpakai telekung aku. time tu rasa stress gila lah mencari telekung. waktu aku tengah pastikan betul atau tak tu telekung aku, handphone aku berbunyi. ada orang call da...maka aku pun terjaga

Friday, December 16, 2022

Epilepsi menyerang kembali

tak cukup dengan depression,anxiety,lepas 4 tahun aku tak kena serangan sawan tonic clonic,serangan tu kembali lagi. dengan aku tak pasti trigger nya apa,takde aura. aku dah makan ubat tak miss. dah jaga diri. tidur cukup. tak letih. cuma hari yang aku kena serangan tu aku makan nasik lemak sebungkus dengan karipap sebiji pagi tu. pastu aku makan kinder bueno celop 1 bungkus. aku kena serangan dalam pukul 3 lebih. takkan sebab tak makan nasik kot. sebelum ni ok je. bukannya lapar sangat pun. pastu ada la dalam beberapa hari sebelum tu aku makan ubat awal beberapa minit. awal sikit je pun. takde la sampai gap sejam.takkan la salah satu sebab tu boleh jadi punca. makin bertambah la anxiety aku sekarang ni. dah seminggu,still rasa macam tak senang duduk. takut sawan tu datang balik tiba-tiba. dengan takut nak tidur siang nya.. aku harap sangat aku sembuh demi anak2 aku. korang yang baca ni tolong doakan aku sembuh. semoga allah lindungi anak2 aku.

Friday, August 12, 2022

Kerja baru

seperti yang semua sedia maklum,aku ni suka berniaga. berniaga dari rumah.. sebab senang nak jaga anak dan tak payah susah2 drive. jadi satu hari tu ,ada sorang member aku ni offer aku kerja dari rumah. dan kerjanya adalah jadi dropship perabot..haha..rare kan. so aku pun try lah... so,serba sedikit je lah aku nak cerita. yang company ni dah lama. since 1999. company/kilang ni adalah 100% melayu Islam ye. which is aku sangat tabik dan bangga. sebab pemilik dia sangat humble sampai orang pun tak kenal siapa dia. kilang ni lah yg supply barang2 untuk asrama. contoh katil asrama,tilam asrama. katil dan tilam dekat pusat kuarantin tu pun kilang ni lah yang supply. so keja aku adalah buat sales. produk dari kilang ni adalah katil single asrama, katil double decker asrama, katil pull out,katil double decker pull out, sofa,loker asrama ,almari file,rak buku,rak pejabat,meja kantin,kerusi dan meja exam. pendek cerita,kilang ni adalah PEMBEKAL KATIL DAN TILAM ASRAMA,PEMBEKAL BARANG PEJABAT,dan lain2 lagi lah jadi,kalau korang yang baca ni tengah cari atau survey barang2 macam yang aku sebut tu, boleh la contact aku.. wasap terus tau. ni number aku.. 0195272624.. jap aku try buat link jadi ke tak,haha. wa.me/60195272624 kalau jadi, korang klik je link tu. kalau tam jadi,boleh save number aku tu dan wasap

Thursday, August 4, 2022

After birth

last post aku sebelum bersalin. alhamdulillah sekarang dah selamat bersalin. anak pun dh 4 bulan hari ni... saja la nak cerita sikit pengalaman bersalin sampai la habis pantang.. so,aku dinasihatkan bersalin pada 38 minggu. 2 Ramadhan,aku pun pi la serah diri... disebabkan tak sampai sebulan aku positive covid,jadi tak perlu buat rtk... terus induce. alhamdulillah kali ni progress semakin laju. dalam masa sejam dh ada contraction. pukul 11 pg induce,9 malam dah pun bersalin. sakit less than 12 hours la kiranya. bersalin pun baby ok keluar2 elok je menangis..cuma ikut procedure kena tahan nicu semalam... esoknya boleh discharge sekali dengan aku.. lepas tu start la rutin check kuning hari-hari.. nak dijadikan cerita si adik ni rupanya prolonged jaundice .cukup 14 hari,kuning tetap tinggi..jadi ambik darah dengan sample air kencing. maka,rehatla sebulan kat rumah.. so,aku pun teruskan la breastfeed dia..sikecik ni takmau botol .nak direct je... breastfeeding journey awal2 pantang sangat menyakitkan ye. sebab ni first experience walaupun anak kedua. sakit sampai menangis-nangis . hari2 google cara nak latch supaya tak sakit. hampir jadi EP mom. tapi nasib baik tak berjaya. baby cukup sebulan,sakit pun dah kurang,diuji pulak dengan post partum hives. gatal di bahagian badan tertentu. time anak menyusu,time malam nak tido, tengah panas merenyam je rasa badan. siap naik rashes lagi. berlarutan sampai baby 3 bulan lebih. sekarang alhamdulillah hilang sendiri. hah tu jelah...sikecik ni ajak tidoq pulak...nyaring suara dia bila mengantuk...nanti aku cerita pasal bisnes dropship aku pulak...ok babai

Wednesday, March 23, 2022

Sketsa tak boleh tidur

Pagi2 dah ke HSB untuk appointment neuro yg terlepas sebab positive covid. settle dalam pukul 11 lebih. lepas tu beli makan,singgah klinik untuk ambik surat rujukan ke antenatal. sampai rumah dalam pukul 12.30 tengahari. sementara tunggu adam balik,makan dulu. adam balik,basuh baju,rehat kejap,sidai baju dan solat. lepas tu pukul 2 terus ke KK tualang untuk fundus yg sepatutnya buat minggu lepas tapi tangguh sebab covid. dalam pukul 3 settle,terus shoot ke econsave untuk beli barang. sejam jugak dalam tu. balik sampai rumah dh asar. rehat (tak rehat sangat la) .. waktu dekat maghrib tu adam buat perangai. hampir2 hilang sabar jugak. dengan badan letih. terus aku mandi kot2 la boleh segar balik. lepas mandi,solat makan laksa dalam pukul 8. rupanya si adam ni mengantuk dan lapar. dia makan cereal 2 gelas,ratah sosej sikit. lepas tu mandi,dia Segar balik pulak. tak boleh rehat lagi aku.. pukul 10 aku dh settle solat isyak, kengkonon nak masuk tidur tanpa gangguan. tutup la pintu. taktau la terlelap ke tak. tengok2 jam pukul 2 pagi. dengan panas nya... lapar. pukul 3 pagi bangun bakar roti,makan dengan sekaya. bila badan betul2 letih overlimit ni,susah pulak nak tido. dengan panasnya. tak selesa,badan sakit. dok pikir esok kena buat bsp. dua kali wei bsp dalam seminggu. khamis kena ke hospital pulak... letih wei letih... letih ni boleh trigger epilepsy aku. tapi boleh pulak appointment bertindan hujung2 pregnancy ni.. nanti kalau doktor tanya kenapa boleh letih. aku nak jawab sebab banyak sangat appointment. dah 2022 kot. buat je la online appointment..