Sunday, November 8, 2020

Honda EK Royal Stance

Wednesday, March 25, 2020

25 mac 2020

Masih ada lagi ke orang layan blog?
Aku tulis kat sini sebagai jurnal/diari untuk rujukan masa depan.

Tahun 2020.

Wawasan 2020.
Siapa sangka Tun Dr Mahathir mohamad masih memegang title Perdana Menteri Malaysia. Dengan mengalahkan kerajaan Barisan Nasional pada Pru ke 14, Tun membuat comeback dengan mengetuai kerajaan Pakatan Harapan yang menempatkan parti-parti pembangkang terdahulu. Antaranya PKR, DAP, dan PPBM.

Namun, di tahun 2020 terjadi sesuatu di luar kebiasaan rakyat Malaysia dan dunia.

Di awal tahun, China di kejutkan dengan satu wabak yang melanda sebuah daerah yaitu Wuhan. Wabak yang pantas merebak dan meragut ribuan nyawa penduduk. Segelintir rakyat di Malaysia mulai berasa bimbang akan hal tersebut kerana Malaysia menerima ramai pelancong dari China. Rakyat mendesak kerajaan menyekat penerbangan daripada China tetapi hanya penerbangan daripada daerah terjejas yang di sekat. Sedangkan ramai penduduk dari daerah tersebut sudah pun melarikan diri dan terbang ke seluruh dunia.


Pada mulanya,Malaysia mencatatkan beberapa kes yang hanya melibatkan pelancong asing.
Semua orang kelihatan lega dan mula beralih timpuan ke isu yang lain.

Daripada isu artis,sehinggalah ke isu pergolakan politik tempatan,Malaysia sekali lagi di kejutkan dengan perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Beberapa orang menteri juga mengumumkan keluar parti dan menjadikan kerajaan Pakatan Harapan hilang majoriti sekaligus membuatkan Malaysia harus memilih Perdana Menteri Baru dan membentuk kerajaan baru. Di sini lah kerajaan Perikatan Nasional terbentuk diterajui oleh Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia atas perkenan Yang Di Pertuan Agong.

Semua tumpuan rakyat teralih kepada isu peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru Malaysia sehingga rakyat lupa sebentar mengenai wabak yang sedang melanda dunia.

Sehinggalah tidak lama selepas itu, salah seorang peserta Ijtimak Tabligh di sahkan positif covid 19, yang kemudiannya menyebarkan wabak itu kepada peserta yang lain sehingga dalam masa beberapa hari, Malaysia mulai mencatatkan peningkatan pesakit positif covid 19 yang sangat merisaukan.

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri telah mengarahkan Perintah Kawalan pergerakan yang akan bermula pada 18 mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Antara isi penting ialah,

Sekatan masuk dan keluar ke luar negara.

Pusat-pusat pengajian,sekolah,taska diarahkan tutup.

Premis swasta dan kerajaan di arahkan tutup kecuali beberapa premis seperti kesihatan,keselamatan,pembersihan, makanan dan lain-lain.

Tidak di benarkan mengadakan mass gathering

Sebelum pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, pembelian panik mula di lakukan oleh ramai rakyat Malaysia. Sehinggakan pasaraya menjadi sesak dengan manusia.

Pada malam perintah kawalan pergerakan, ramai rakyat berpusu-pusu pulang ke kampung halaman dan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kesesakan di pengangkutan awam . Pihak polis mula mengambil langkah mengehadkan perjalanan domestik dengan memperkenalkan borang kebenaran perjalanan domestik.Sekali lagi, balai polis di serbu dan menjadi sesak.

Kemudian, pihakC polis membatalkan borang kebenaran tersebut. Satu lagi perutusan dari Perdana Menteri di buat. Tujuan sebenar di perincikan.

Antaranya,

Batalkan hasrat pulang ke kampung
Tidak di benarkan keluar dari rumah kecuali atas urusan penting.
Untuk urusan pembelian barang keperluan,hanya ketua isi rumah di benarkan keluar.

Walaubagaimanapun,masih ada yang ingkar. Masih ada yang keluar melepak,kenduri, makan di kedai dan sebagainya.

Pihak polis mula membuat rondaan dan sekatan jalan raya untuk memastikan penduduk mematuhi kawalan pergerakan.

Pada 22 Mac 2020, Angakatan Tentera Malaysia turut turun padang membantu PDRM.

Setakat kini. Sudah 16 kematian di catatkan. Dan kes sudah mencecah 1000 lebih. (Malaysia)

Ramadhan tahun ini hampir menjelang tiba. Di harap Malaysia serta Dunia dapat mengatasi wabak ini . Marilah kita doakan yang terbaik.

Dear my future self, jika anda membaca tulisan ini, bermakna anda survive pada tahun 2020.


Disclaimer : catatan ini hanya sekadar rujukan penulis untuk masa akan datang. Penulis penghidap epilepsi dan banyak kehilangan memori akibat penyakit di hidapi nya.