Thursday, May 29, 2014

kawan yang pelik

Ok..lenturkan tangan...tengkuk,,dan start menaip..bila shue is menulis..hehe. kali ni nak cerita pasal sorang kawan. Jangan di tanya kenapa aku tak share cerita ni kat facebook. Sebab utama ialah kawan tu ada dekat facebook. Aku tak nak dia terbaca entry pasal dia. Walaupun aku takkan sebut nama dia kat sini. Tapi dia pasti tau,(kalau dia tak lampi) yang entry ni pasal dia.

Nama sebenar dia sampai sekarang aku tak tau. Biar aku namakan dia sebagai inche T. Inche T ni aku kenal dia dekat tagged. Yes, tempat bapok2 dan manusia2 gila s** berkampung tu. Aku buat tagged pun sebab aku rasa boring. Tak da kawan nak sembang. So, satu hari aku jumpa dia. Maksud aku kat tagged la. Kami sembang panjang macam dah lama kenal. Mulanya dia suruh aku keluar dari tagged sebab dia kata sikit masa nanti mesti aku jumpa dengan orang-orang gila macam dia.

Dia mengaku yang dia ni nakal. Yang peliknya aku tak terus block dia macam yang aku buat kat orang lain. Mungkin sebab dia mengaku yang dia ni nakal tapi tak pernah nak tunjuk kenakalan dia tu kat aku. Dia sembang macam biasa ja dengan aku. Selama aku duk stalk profile dia, dia ni minat sukan kereta (racing), dan dia selalu update pasal touge,(bukan toge). Dan dia jugak ada cakap yg dia minat p**n. Dan aku still layan dia macam biasa. Bukan aku nak kata aku ni open ke apa. Tapi bagi aku lebih baik dia mengaku daripada dia simpan pendam dan dia pura-pura baik depan aku. Lagipun normal la kalau lelaki layan benda tu. Yang penting dia tak cakap kotor dengan aku.

Selepas beberapa lama kenal dia dekat tagged, kami beralih ke facebook. Aku pun follow perkembangan seharian dia dekat facebook. Agak lama la jugak. Tapi aku tak la stalk dia macam aku buat kat tagged. Walaupun dekat facebook tak leh detect sapa stalk kita macam dekat tagged. Dekat facebook dia selalu update pasal touge, awek litar, kucing dan gambar kawan-kawan dia lepak kat kedai makan. Hah, tak terkecuali dia update pasal budak kecik yang cute.

Tapi, sejak kebelakangan ni aku dah start stalk dia kat facebook. Sebab aku ternampak dia post gambaq seorang budak yang cute. Dan aku baru perasan yang dia merupakan seorang lelaki yang penyayang. Bagi aku semua lelaki yang sukakan budak2 tu penyayang.heheh. aku pun chat dia tanya “memang suka budak-budak eh?” kalau lelaki typical jawab,”haah. Suka budak-budak. Sebab diorang ni cute.” Tapi dia tak jawab macam tu. Dia jawab, “bergantung pada masa dan keadaan, dan ikut saiz budak”. Dan dia pun start hantar gmbaq budak2 yang aku rasa tu anak kawan-kawan dia atau anak saudara dia.

Lepas tu tiba-tiba dia start hantar gambaq kucing, anjing, ulaq, labah-labah, cicak dan yang sewaktu dengannya. Haha. Dia memang gila. Bila aku stalk dia, aku tengok gambaq2 dia dengan family, aku dapat simpulkan yang dia ni normal sebenarnya. Cuma dia ni berperwatakan menarik dengan cara yang tersendiri. Dia cepat annoying dengan orang. Dia cuba menjauhkan diri daripada perempuan yang dia tak suka dengan mengatakan yang dia ni pornstar. Pelik kan?

Aku pernah tanya dia. Dia ni memang cepat annoyed dengan orang ke apa? Dan dia jawab “certain time bukan pasal annoyed . tp base on some circumstances la. depend how the person that i deal with. So it's not annoyed because here behind the keyboard i typing with smiley on my face. haha.. and depend on time i do other thing in the same time. Haha”. Itu yang dia jawab. Aku tak faham sangat sebenarnya. Haha

Ok, berbalik kepada cerita family dia. Aku ingatkan dia datang dari family yang modern, yang ya lah,,hidup di kotaraya (chewahh)..tapi aku tengok tu normal family. Lebih normal dari family aku. Bonding dorang rapat. Kakak2 dia pun aku tengok elok menutup aurat. Memang one big happy family lah.. dan sejak kebelakangan ni aku ada terperasan dia post sesuatu yang baik. Macam quote dari ustaz etc etc. Dari situ baru aku perasan kenapa dia suruh aku blah dari tagged dulu2. Mungkin sebab dia rasa tagged tu tak baik untuk perempuan macam aku. Mungkin lah kut. Memang tak baik pun. Tapi, aku boleh handle manusia2 dalam tagged tu. Semuanya di hujung jari kan..haha..panjang pulak aku menulis kali ni. Okeh...itu je lah yang boleh aku describe pasal kawan aku yang sorang ni. Actually banyak lagi lah.. tapi tak larat la pulak nak quote dia satu persatu kan.okeyyy....bubbyeee...

Tuesday, May 27, 2014

Ragam muka buku

Hello manusia-manusia yang tak da life sekalian...

Selain twitter, we chat, whats app dan lain-lain social network yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, ramai lagi antara kita yang aktif di facebook / muka buku. Tak terkecuali jugak aku. Selama aku aktif di facebook, banyak aku nampak ragam pengguna media social ni. Banyak yang aku rasa annoyed bila tengok perangai diorang ni. Jom kita tengok ragam muka buku.

Attention seeker

Setiap hari, bila bangun tidur, sebelum makan, selepas makan, sebelum tidur, lepas mandi, sebelum mandi, sebelum pergi kerja/kelas, balik kerja/kelas, lunch break, mesti akan ada ucapan di sertakan sekali dengan gambar. Kalau betul nak ucap selamat pagi tiap-tiap hari, rasanya cukup dengan ayat. Tak payah nak di tambah dengan gambar. Kalau nak dengan gambar jugak, posing lah macam lain pulak. Ni posing yang sama ja...jemu aku nengoknya... tukar baju dengan background je kot.. please hentikan semua ni..tak larat la nak tengok muka kau tiap-tiap hari. Eh, tapi sekarang kita boleh hide post dari certain people kan..haa...


Short multiple status

“aku suka dia”. “dia suka aku tak?” “pergi mampos la!” kalau nak update 3 status dalam 3 patah perkataan yang jarak masanya setiap saat, baik tak payah. Bawak- bawaklah buka akaun twitter ye dik. Kat situ kau nak maki, nak luah perasaan, pendek macam mana pun, berapa kali kau nak twit dalam sesaat pun, tak da sapa kesah. Mohon gunakan twitter untuk 3 patah perkataan punya status.

Ridiculously photogenic food

Dulu-dulu sebelum makan kita tadah tangan baca doa. Sekarang ni dapat je makanan depan mata, terus susun cantik-cantik. Siap ada smiley lagi kau.. sudu garfu macam pintu gerbang.. memang cantik lah,(mengalahkan orang yang nak makan). Ambik gambar, post kat facebook, “jemput makan”. Lepas tu makan tak habis. Blah la kau. Dik, sebelum makan baca doa mintak keberkatan..tanda bersyukur kita boleh makan. Sedangkan orang yang tengah tengok post kau tu kelaparan sebab duit ptptn dah habis. Diorang makan megi je kau tau.


Tajuk lain content

Pernah tengok tak tajuk post yang gempak gila. Yang korang terus nak klik bila baca tajuk post tu. Then bila korang klik, rupa-rupanya tu iklan dan langsung takda kena mengena dengan tajuk post tu. Korang pun rasa kecewa dan marah pada masa yang sama. Sambil korang maki-maki sebab tertipu, korang pun terus tutup laptop/pc dan terus tidur. Pernah tak? Sekarang ni dah banyak orang buat macam tu. Golongan ni mungkin memerlukan klik dari korang semua sampai sanggup memainkan hati dan perasaan korang dengan menipu. Nasihat aku, tolong jangan tipu klik. Dosa tau tak..

Iklan MLM yang tak masuk akal

Ni benda yang paling common dalam facebook. Modal RM50 untung berjuta la. Hari-hari tengok duit masuk la. Tak payah jual barang, cari orang je. Dah tu, mai mana duitnya kalau tak jual barang. Kalau nampak iklan sebegini, tak payah lah try. Melainkan iklan yang cakap tak payah keluar modal. Kalau dia kata tak payah keluar modal, itu mungkin satu peluang kerja melalui online. Online marketing mungkin. Kalau yang perlu modal ni, bisnes. Bayangkan kalau 10 orang join, dah RM500 kut orang tu untung. Orang tu lah untung, korang tak jugak.

Love story

Bf update status, “rindu lah”..feeling loved with nama gf. Lepas tu bermula lah sesi komen panjang berjela antara love bird ni. Hello..memang nak bagi tau satu dunia ke korang ni sweet couple. Swet lah sangat. Tangan ke bahu, mata ke atas. Kalau nak berfeeling2 nak sembang, tengok sudut kanan. Ha..yang bawah tu..ha..yang tulis chat tu..klik kat situ, cari nama pasangan korang, lepas tu chat la puas2...apa? dosa kalau berduaan chatting? Habis korang couple tu tak dosa lah ye...hermm...

Admin gila like

Post gambar kanak-kanak cacat. Dengan caption, satu like satu doa. Oh puhliss... baik korang gi bentang sejadah solat sunat, doa betul2 dekat kanak-kanak tu. Satu lagi post gambar kaabah, dengan caption siapa yang tak share, tak sayangkan islam. Ok,sekali lagi,puhliss.... ni semua kerja admin page baru nak up. Tolong hentikan kebodohan ini.

Status update panjang berjela

Kalau tadi pasal post yang sangat pendek, ni pasal status yang panjang berjela. Dia cerita dari dia bangun pagi, sampai dia tidur balik untuk hari tu. Dalam satu post. Oh my...mohon gunakan blog atau wordpress untuk ceritakan life korang yang boring tu..ahah.

360 syndrom

Yang ni kelakar. Tengok dalam facebook, mak aiii..flawless nak mampus. Bibir bak delima merekah, kulit cerah bersinar-sinar. Maka memohon kebenaran untuk berjumpa. Bila jumpa, omakk kau. Muka dah macam permukaan bulan. Kawah di mana-mana. Gelap bagaikan malam yang nak hujan. Bibirnya merekah, bukan merekah delima. Haha. Tapi kalau korang kena tagged dalam gambar kawan korang, tu boleh di maafkan lah..ni yang spesies selfie guna 360 lepas tu post kat facebook dengan caption,,buruknya I....huhuhu...kalau rasa diri tu buruk, mohon jangan share gambar anda.

Young lovebird

Status update gempak kau...macam orang dah kahwin, rindu lah, hubby, baby, etc. Tengok tarikh lahir..laa....belasan tahun lagi kau adik...muka tak matang lagi pun. Profile picture pakai baju sekolah lagi. Berchenta satu kelas kata kan.. hari-hari jumpa, rindu hotak kau... mohon habiskan pelajaran dulu dik..

Alien
“titew cayunk awq.awq cayunk titew tark..??” erm...kau guna bahasa apa ni dik?? Terbelit lidah aku nak baca.. kalau osman baku baca ni, boleh pengsan dia. Boleh je kan nak taip macam ni..”aku sayang kau, kau sayang aku tak?” aku rasa kan lebih kurang je jumlah huruf tu. Tolong hentikan bahasa alien ni daripada menular. Macam mana la BM nak dapat A nih... selalunya golongan di atas yang buat perangai alien ni. Tapi jangan terkejut kalau ternampak rakan sebaya korang taip macam tu,,mungkin dia nak kelihatan comel ataupun kekurangan kasih sayang. Mungkin..

Gabung nama

Ada tak korang berhadapan dengan kecelaruan jantina? Maksud aku, ada sorang manusia ni add korang kat facebook, nama macam lelaki, macam perempuan gak. Profile picture ada lelaki dan perempuan. Pastu korang macam keliru lah kan, sebab korang tak tau yang manusia ni lelaki atau perempuan. Rupa-rupanya manusia ni gabungkan nama dia dengan bf/gf dia. Orang bahagia..biasa la..lepas break, tukar nama facebook..biasa la...haha

Nama anime

Nama yang tak mungkin tu nama korang. Contohnya, mayang sari, lovely girl, macho boy, atau nama jepun. Gambar pulak,memang sah bukan gambar korang. Mungkin gambar wanita berpurdah, samada kartun atau orang. Gambar anime. Gambar buah, gambar sayur, coklat Cadbury dan lain2 lagi. Jangan marah kalau kawan korang tak accept friend request korang. Nak2 lagi kalau korang punya profile tu private. Dik..kalau nak buat macam tu, bila add orang tu, inbox dia dulu perkenalkan diri.. aku selalu je unfriend kawan2 sendiri sebab tak kenal diorang kat fb. Dah nama jepun, gambar anime. Setahu aku, aku takda kawan jepun ni..

Itulah antara ragam muka buku yang aku boleh nyatakan kat sini. Kalau ada yang terasa ke, rasa nak maki ke, simpan ye. Sebab siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Aku tau, mesti ramai yang tak puas hati punyalah dengan update aku kali ni. Tapi, ni kenyataan ok. Sekian,,wassalam..

Monday, May 26, 2014

5 tahun 5 bulan, rooftop rant & anthem book review

"Bila kita buat benda yang kita suka,sakit pun kita buat tak endah. Pernah bincang dengan kay benda ni waktu lepas balik dari kem dekat sedim. Waktu tu kaki aku luka-luka kena batu waktu mandi sungai."

"Menangis sambil baca karya Hlovate. Itu normal. Sebab karya dia possible to happen in real life."

"Hal ehwal agama,tazkirah ringkas, bukannya cakap dekat masjid ja..time lepak-lepak kat kedai makan, tengah mancing pun boleh cakap."

"Nak tarik hati seseorang tu bukan hanya dengan perkataan,tapi dengan perbuatan."

"Aku tak nak orang tengok aku dari luaran, orang terus judge aku yang aku ni budak baik. Aku nak orang terkejut bila tengok orang macam aku boleh buat benda baik."

"Kawan tu bukan di mulakan dengan “saya nak berkawan dengan awak”. Kawan masuk ke dalam hidup kita tanpa di sedari."

"The word ‘jaga’ is deep. I want to hear that word."

"Terima aku dulu dan sekarang, dan aku akan terima kau seadanya."

"Sweet in the end."

Antara yang terlintas di hati.

Trilogy
1. 5 tahun 5 bulan : Johanna & Along Afiq
2. Rooftop rant : Trisy & Jade
3. Anthem : Dash & Badlee

Along with Hang Jebat dan Hang Lekiu sebagai penambah perisa, pelengkap cerita.

Trilogy...aku tak sedar pun yang novel ni merupakan trilogy. Aku start baca 5 tahun 5 bulan. Mengisahkan tentang Johanna ,seorang pembantu rumah educated, bakal doctor di rumah along afiq. Kisah hidup diorang dari mula kenal sampai diorang kahwin. Sweet sweet pisang gitu. Lepas tu aku baca anthem. Kisah mengenai budak nomad bernama dash. Kena hantar balik Malaysia dan di pertemukan dengan badlee yang kejam macam hitler dan akhirnya menjadi suami isteri. Last sekali aku baru habis baca buku rooftop rant. Kisah trisy, seorang budak yang rebel, yang ada konflik keluarga, yang selalu ponteng tuisyen dan akhirnya di pertemukan dengan jade di atas bumbung wisma topaz tempat dia melepak bila ponteng.
Di dalam 5 tahun 5 bulan, hang jebat sebagai penambah perisa, a best friend to the Johanna sewaktu along tak da depan mata. Tapi along tetap di hati lah kan. Sebab dia jenis sarkastik sweet. Dalam rooftop rant, lekiu adik jebat cuba kejar trisy, tapi sampai ke sudah kena reject sebab masa lalu trisy yang tidak membenarkan hati nya terbuka untuk sesiapun. Tapi siapa sangka kawan baiknya sendiri yang tak pernah try nak ber sweet2 dengannya yang jadi suami in the end of the story. Johanna pun ada dalam rooftop rant. Orang yang tolong sampaikan hajat lekiu kepada trisy. So do hang jebat. Dalam anthem, seorang dash yang kena pos balik Malaysia sebab kena spike kat party. Masuk brass band di bawah jagaan badlee hitler. Sambung belajar dekat Aberdeen dan jadi junior si hitler. Nak pulak parent diorang kawan baik. Si dash di pertemukan dengan trisy di Aberdeen. Trisy yang menjadi kakak yang selalu mengingatkannya tentang soal agama, life. Dash ni pulak sepupu kepada hang jebat lima bersaudara. Dan akhirnya diorang pun jadi suami isteri.
Johanna dan along bermula sebagai abang dan adik. Trisy dan jade bermula sebagai kawan baik. Dan dash dan badlee bermula sebagai senior junior. Setiap novel hlovate ada terselit tazkirah di dalamnya. Ada pengisian yang menyentuh hati pembaca. Yang membuatkan pembaca terasa yang all the story adalah di ambil dari real life story orang lain yakni diri hlovate sendiri. Novel hlovate tak macam novel cinta yang lain. Yang watak hero dan heroin nya di paksa berkahwin dan kemudian bahagia di akhir cerita. Novel hlovate watak hero dan heroin akan berkahwin di epilog. So, no babak2 yang sweet. Banyak babak sedih je..tapi best bagi aku. Tapi novel ni tak sesuai untuk makcik makcik yang tak tau bahasa inggeris dan tak dengar lagu Metallica atau yang seumpama dengannya. So,memang tak sesuai untuk mak2 lah ni.
Kebanyakan novel hlovate meletakkan watak perempuan sebagai watak utama. Tetapi hlovate membuat satu kelainan dengan meletakkan watak lelaki di dalam sebuah novel yang bertajuk contengan jalanan. Novel yang aku tak pernah jemu baca. Yang buat mata aku pedih berair bila baca. Yang buat aku rasa nak buat sambungan novel tu. Yang aku dah pun buat book review kat blog ni dulu. Jalan cerita hlovate lebih kurang je. Mesti ada babak dekat oversea. Wajib ada. Macam cerita aa+bb dulu. Cerita trilogy ni, dan cerita contengan jalanan. Cuma cerpen Schubert serenade je kot yang takda babak oversea. Rasanya la. Okeh...tu je book review aku. Book review untuk 3 cerita sekaligus yaitu 5 tahun 5 bulan, rooftop rant dan anthem.