Saturday, June 3, 2017

Rumah : chapter 5

Along baring atas katil. Merenung siling. Di luar hujan lebat turun mencurah. Dia terfikirkan kejadian semalam.

'Betul ke apa yg aku bau semalam? Ke aku mimpi. Eh,mimpi mana ada bau. Ke aku lapar sangat? '

Sambil bermonolog sendirian, mata Along semakin berat. Dia cuba utk bertahan memandangkan waktu dh menunjukkan pukul 6 petang. Namun, Along tewas. Dek kerana Along tak dapat tidur semalam,dia terlena dan tercampak ke alam mimpi yg dalam.

Along buka mata. Dia senyum sendirian. Skali lagi dia berpeluang hadir ke alam itu. Alam mimpi. Alam yang penuh dengan misteri. Along terus berjalan. Tanpa hala tuju. Tiada apa yang ingin di cari. Cuma Along sukakan kedamaian di alam itu.

Langkah Along terhenti apabila dia ternampak sesusuk tubuh yang seperti dia kenali. Wanita yang muncul dalam mimpinya terdahulu. Along berlari ke arah wanita itu.

Kali ini situasinya berbeza. Along semakin menghampiri wanita tersebut. Setibanya Along di hadapan wanita itu, Along dapat rasa kan wanita itu sedang keliru. Seperti ketika Along pertama kali masuk ke alam ini.

Wanita itu memandang Along. Terpancar kerutan di wajahnya.

'Awak, siapa? Tempat apa ni?''
Along senyum.
"Pertama Kali ke sini?" Tanya Along.
"Entah. Saya tak ingat. Mungkin sekali dua. Tempat apa ni?" Wanita itu terus bertanya.

Along senyum sambil menggelengkan kepala. 
"Dah setahun saya cuba cari jawapan pada persoalan yang sama. " jawab Along.

Wanita itu mengerutkan wajahnya.

"Tapi yang pasti, sini bukan realiti. Walau begitu,tetap perlu berhati-hati. Sebab ini bukan alam kita." Along terhenti.

"Err.. By the way, Cik ni manusia kan?" Tanya along inginkan kepastian.

"Saya manusia biasa. Kamu?" Tanya wanita itu kembali.

Along menghembus nafas lega. "Saya juga manusia sama seperti Cik. Nampaknya kita dari alam yang sama. "