Saturday, November 21, 2015

Relevankah buku di jual dengan harga yang mahal??

hello penggemar buku sekalian...

baru-baru ni, aku ada membeli buku (novel) yang bertajuk "tunangku tidak tampan". pengarangnya ialah rusydi/abang bikai/encik sederhana. ekceli aku memang minat dengan posting atau status encik sederhana. memandangkan beliau telah menerbitkan sebuah novel seperti tajuk yang di atas, aku pun tertarik untuk membeli. memandangkan encik sederhana merupakan seorang lelaki, dan aku percaya novel nukilan seorang lelaki lebih bermutu daripada novel nukilan beberapa orang perempuan *cough*. aku pun whatsapp encik sederhan bertanyakan hal buku. percaya atau tidak buku cetakan pertama dan ke dua sudahpun sold out. jadi kepada encik2 yang sudahpun menjadi viral di laman sosial seperti mat luthfi, amran fans,dan encik sederhana, bolehlah mengeluarkan buku. pasti laris bagai pisang goreng.

berbalik kepada insiden jual beli buku, aku agak terkejut dengan harga buku tersebut. RM57. fikir 2 kali jugak nak beli. maklumlah, aku bukannya punya kerja tetap lagi. jadi, fikir punya fikir, aku dah pun baca hampir 10 chapter novel tu. maknanya, aku dah pun berjaya beli novel tu.

persoalannya, relevankah buku di jual dengan harga yang mahal?

1. mahal itu subjektif. mahal bagi aku mungkin murah bagi orang lain. yang penting kualiti. kalau mahal tapi kualiti rendah, tak guna jugak. tapi kalau mahal, kualitinya bagus, insya allah relevan.

2. buku itu cetusan idea. sesetengan penulis membuat kajian yang terperinci sebelum menulis buku. kajian memerlukan masa. tak semua orang boleh mencetuskan idea yang sama. kecualilah kalau ianya cetak rompak karya penulis lain. tapi buku ini lain dari yang lain.maka ianya relevan

3. masa. ingat senang nak luangkan masa untuk menulis cerita, aku tahu sebab aku pun pernah banyak kali tergendala menulis cerita. seingat aku, hanya satu cerita yang siap aku karang. entah mana hilang sekarang.

4. modal dan keuntungan. novel itu bukannya di upload dalam bentuk digital. ianya dicetak di atas kertas. kertas itu perlukan modal. sang penulis juga mahukan pulangan. jadi, sudah tentu ianya relevan.

plus, aku dapat 4 mini poster karya encik sederhana. ingat senang??

maka, konklusinya buku relevan di jual dengan harga yang mahal..

No comments:

Post a Comment