Wednesday, February 25, 2015

Library Science

good morning readers....

dengan memakai jaket,di dalam bilik yang panas, air-cond rosak,aku start menulis balik di sini. yeah, menggunakan PC di office. sebab aku tak dapat task seterusnya lagi,so aku bukak la apa yang boleh bukak kan. topik aku kali ni ialah Library science.

bila kawan-kawan or sapa2 je la tanya aku, "eh,ko amik kos apa?" pada mulanya aku rasa malu nak jawab. ye la, kalau aku amik medic ke, engineering ke, best la sikit nak jawab. then, aku jawab la dengan rendah dirinya, "saya amik kos library science." respond yang aku selalu dapat ialah "apa kena mengena library dengan science?" selalunya orang yang tanya aku macam tu adalah orang yang tak berfikir panjang. dulu, aku tak tau nak jawab macam mana. aku just jawab balik soalan bodoh tu dengan jawapan "err..err.." *senyum*..serious dulu aku tak tau nak jawab macam mana. sehinggalah one of my lecturer, ceritakan mengenai social science. time tu baru aku teringat yang science ni tak semestinya bio,kimia dan fizik je. ada jugak pecahan social science. tapi still, orang lebih acknowledge sains tulen dari sains kemanusiaan lah kan. antara contoh social science yang lain ialah politik,psychology,economy dan lain-lain yang tak ada kena mengena dengan tindak balas kimia, acceleration mahupun inertia dan juga proses fotosintesis. heh, aku dulu jurusan sains tulen hokay..

dan secara lumrahnya bila aku jawab aku amik jurusan library, ramai yang terkejut. "hah?nak keja kat library pun ada diploma/degree?" "belajar apa je?cop buku?" dan soalan-soalan yang membuatkan aku nak cabar setiap dari dorang untuk ambik kos ni. so, biar aku jawab satu persatu.

nak kerja kat library pun ada diploma/degree?

yap.untuk diploma yang aku amik dulu which is jurusan pengurusan maklumat, ia hanya melayakkan aku untuk menjadi seorang pembantu pustakawan. sekarang dah di perkenal kan jurusan baru yaitu diploma in library management. aku tak pasti tentang kelayakannya. tapi aku yakin, gred pelajar bila grad takkan lebih dari s41. untuk degree pulak, major in library science akan melayakkan aku untuk menjadi pustakawan gred s41. so, korang rasa, kalau lepasan SPM boleh terus jump ke gred s41 ke apa??think..sini kan ada sistem gred ikut kelulusan ni. and kalau korang apply job library dekat SPA dengan menggunakan kelulusan SPM pon, korang akan di tawarkan pembantu je.

belajar apa je?cop buku?


ehem..bak kata lecturer aku."memang saya menghabiskan masa saya selama 5 tahun untuk cop buku je mak cik oii.." bagi aku jurusan ni dari aku diploma sampai la aku degree sangat la sibuk. dan aku rasa aku dan kawan-kawan aku ada peluang untuk apply job kat microsoft. sebab,kerja last minute..haha.waktu diploma, semua keempat kos utama di campurkan. so, kami akan belajar basic library, resource center, record, dan juga system. bila masuk degree pulak, aku major in library, dan minor in system. so, subjek yang aku amik terbahagi kepada dua yaitu subjek library dan subjek system. yang menyibukkan aku adalah subjek system lah. sebab every semester subjek system merupakan killer paper. start dengan pc maintenance, database, multimedia, website development etc..

aku belajar diploma dan degree di uitm merbok. dekat sana aku berkawan dengan student dari kos lain. kawan-kawan aku pun mengakui yang kos kitorang merupakan antara kos yang paling banyak kerja selepas kos art design. aku jugak ada masuk persatuan dari sem satu lagi. dan ada beberapa kawan aku dari kos yang sama masuk persatuan tu. at last, yang bertahan dalam persatuan sampai akhir diploma tinggal dua orang je. sebab yang lain-lain memang tak sanggup nak teruskan. dengan assigment, aktiviti persatuan lagi.mana sempat..

yang peliknya dengan kos ni adalah, tak semua subjek yang kami amik ada final exam. so, roomate dan housemate mula la nak jeles. sebab selalunya yang balik bercuti dulu mesti aku.seriously aku cakap, kos ni memang berbeza dengan kos lain. aku tengok assignment roomate aku, dua tiga helai kertas je kot..bagi aku tu bukan assignment. tu homework. lagi, kos kami tak banyak test. kalau kos lain ada test 1 la, test 2 la,kami ada test 1 je.lepas tu final. depends kepada lecturer la..kalau dia rajin nak buat quiz ke, dia buat la..tapi aku memang jarang ah nak buat test ni.

benda yang aku rasa paling cool ialah,certain subjek yang aku belajar. okeh, apa yang aku belajar yang cool sangat tu?

web development

kami belajar basic html which is macam mana nak develop website bodoh menggunakan notepad kosong. no copy paste. sebab apa?sebab subjek tu ada exam yang memerlukan student tulis coding atas kertas. so, memang kena hafal ah coding tu kan. assignment? individual macam biasa la, buat personal website. group, time diploma, kena modify website corporate guna any website development software. time tu aku guna whatyouseeiswhatyouget.dan aku modify website karangkraf.

time degree, belajar benda yang sama. tapi assignment dia beza sikit. untuk group project, aku dan kawan2 buat website kami sendiri guna dreamweaver. kami buat bisnes online,jual cupcake.

multimedia

aku suka main benda ni. time aku diploma, aku tak faham konsep lagi. time aku degree baru la aku tau nak buat button semua benda tu. memang best la..kami buat game untuk budak-budak tadika..walaupun ianya agak bodoh,tapi..kau hado..?? yang aku tau malam tu aku bertanggungjawab untuk masukkan audio dalam project. pening lalat aku. sampai aku main cursor tu..cari file tak jumpa.

dan beberapa subjek lain yang cool seperti rekacipta kad jemputan kahwin, kad nama, poster, siapkan satu buku dan lain-lain. kadang-kadang aku confuse gak. betul ke aku ni library student? ke aku ni engineer?art student ke aku ni?ke modelling?pelakon pun ye.eh eh..director pun boleh gak. sebab secara kesimpulannya, korang akan belajar banyak benda. bukan setakat susun buku semata-mata

benda yang tak best


yang tak bestnya ialah kau kena submit assignment esok. dan esok jugak kau ada final test. oh ye, instead of final exam, kami ada final test. time tu, kau kena pandai-pandai bahagikan masa untuk study dan untuk buat assignment. tapi, alhamdulillah, walaupun aku study gitu-gitu je, aku survive. mungkin sebab lecturer aku tak kedekut markah. diorang pun pernah jadi student apa..mesti r diorang faham kan.student mana ada masa..mana nak tengok wayang lagi, karaoke, overnight, lepak kedai makan,..eh eh...itu part paling best bila jadi student..habiskan duit ptptn..haha



3 comments:

  1. salam kak . saye dapat jugak kos dip sains perpustakaan ni dekat unisel . agak-ii same tak dengan uitm-ii yg ade kos ni . pening jugak nak mghafal bnyak benda lagipun saye ni pemalu skit bab-ii present or nak bercakap ni , ade ape-ii faktor ke ? . em btw , taktau nak pegy mane . same ade dip pengurusan ladang or kos ni . boleh akak bagy pandangan ? tenkiuuu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. intake bulan jun .. ladang tu intake 31 mei

      Delete
    2. Alamak sis,akak lama tak bukak blog nih.. so,skarang dh terlewat lah kan nk jawab.. bagi akak, kalau masuk library science ni, kita akan belajar yg tu sikit,yg ni sikit. So,kita boleh buat macam2.

      Btw,now belajar mana?

      Delete