Tuesday, June 25, 2013

contengan jalanan....

cik shue is,,,,x habis lagi ke dengan kau punya contengan jalanan?apa best sangat ke novel tu sampai kau nak masukkan dalam setiap entry kau?

aku dah baca habis novel tu..meh sini aku nak buat review...ala2 expert gitu nak buat review pasal novel kan...

contengan jalanan...
cerita mengenai dua insan yang mencari erti hidup. tiga sebenarnya. three brothers. tapi watak utamanya hanya dua. satu cerita mengenai Fend.Affendy. anak muda berjiwa lembut. bukannya pondan. satu lagi tentang k2..pronounciation dia k square. ku kamaruzzaman. anak muda berhati batu...akau x silap dengan memilih cerita fend sebagai cerita pertama. sebabnya, kalau aku baca cerita k2 dulu, aku mungkin x dapat nak faham apa yang cuba nak di sampaikan fend kepada k2..

satu lagi watak tentang chad. sepupu kepada fend dan kawan kepada k2. watak chad yang memanggil fend untuk berubah..selain watak amalia yang mendorong perubahan besar fend..fend berubah 180 darjah ke arah kebaikan kerana chad..bukan..kerana allah..tapi melalui chad. tapi chad pergi dulu. chad pergi pada jam ke 11 setelah berubah pada jam ke 10...shue is, what the fish pakai jam2 lak ni...korang baca baru korang faham...nasib chad sempat tarik fend ke australia.

dan fend cuba ubah k2 dengan cara chad dalam cerita ke 2...tapi x menjadi..memang betul la, hati manusia tu, hanya allah yang pegang. walau k2 x dapat jumpa apa yang fend dapat masa kat australia, dia jumpa apa yang dia nak masa kat jakarta. siapa sangka budak kepala batu macam k2 boleh dukung n pujuk baby nangis bawah kolong. siapa sangka sorang drummer rambut ala2 samurai melayu boleh buat kerja luar alam macam tu...dan siapa sangka seorang insan bernama indra yang beragama kristian boleh sedarkan k2 tentang islam.

benarlah hati manusia tu allah yang pegang. hidayah tu milik allah. k2 x dapat hidayah dekat australia. masa dengan akmal, dengan fend, dengan imam zakariyya dan tok abdul kadir, dan lain2...tapi dia dapat hidayah waktu dengan sorang kristian bernama indra..dia dapat hidayah kat kota jakarta..kota yang penuh dengan kehidupan..

contengan jalanan. lagi satu karya hlovate yang buat aku terfikir.cerita ni real life story kah? takkan cerita yang di reka reka boleh buat hati batu aku menangis kot.....apa resipi hlovate untuk tangkap hati pembaca macam aku ni..seriously, ni bukannya novel pertama hlovate yang buat aku menangis..orang lain baca novel sengih sorang2..aku serious manjang,,,lepas tu, nangis..kelakar...

mesti korang gelak baca apa yang aku tulis. tapi korang patut tahu, aku bawah aliran sastera...hehe

i'm not a yes man..
aku tak sempurna..
hati aku tak baik macam dia..
aku pun tau erti marah..

No comments:

Post a Comment