Sunday, March 1, 2015

return of superman...

hello baby lovers sekalian....

Kat sini aku nak review sikit pasal reality show korea, which is the return of superman. Reality show ni memaparkan kisah retis korea (lelaki) yang menjaga anak diorang yang masih kecik. Sementara tu isteri diorang akan pergi la mana-mana,balik kampong ke, check in hotel, berehat la senang cite. Currently , ada 4 buah keluarga which are keluarga lee hwi jae, choo soong hoon, song il kook dan um tae woong. Okeh, meh aku story satu-persatu family dorang nih.

First ialah family lee hwi jae. Ayah kepada non identical twins, lee seoun dan lee seojun. Si kembar ni sangatla adorable dan comel. Abang dia macam cengeng sikit. Sikit-sikit menangis. Dah tu, selalu kena buli dengan adik. Abang nya anak mak, dan adik nya, lee seojun lebih manja dengan ayah. Kedua dua kembar ni take after their mom,,moon jeung won. Bagi aku la,pendapat aku,,si abang tersangat la comel. Senyuman abang ala ala senyuman Daniel Radcliff time dia kecik-kecik. Adik pulak, perangai dia yang cheeky tu betul-betul buat orang rasa geram. Rasa nak cubit-cubit je. Suara adik seriously macam budak degil. Diorang ni sukakan binatang, terutamanya anjing. Oh, selain itu,ayah diorang ,lee hwi jae merupakan seorang pengacara dan pelawak.


Ok,,lets move to family choo soong hoon. Choo soong hoon merupakan seorang mix martial art fighter. Dia mengahwini seorang model dari Negara matahari terbit yaitu yano shiho. Mereka di kurniakan seorang anak perempuan yang di beri nama choo sarang. Aku punya first impression bila tengok budak sarang ni ialah, woah,,muka budak degil ni. Well, dia memang budak biasa pun. Anak artis tetap manusia biasa kan. Sarang berperwatakan tomboy. Tapi, kecik-kecik dah ada boyfriend tau..haha..nama kawan lelakinya ialah yuto. Keluarga choo sarang selalu menampilkan nenek dan datuknya yaitu ayah dan ibu kepada choo soong hoon. Ini kerana,mereka kerap bertandang ke rumah sarang.


Family yang ketiga ialah,,family song il kook. Song il kook merupakan seorang pelakon yang banyak membintangi drama korea version zaman dahulu. Haha.maksudnya zaman joseon dulu lah. Dia dan isterinya di anugerahkan dengan si kembar tiga!wow..kalau kembar dua dah adorable,apatah lagi kembar tiga kan. Nama anak-anaknya juga unik. Daehan,Minguk,Manse. Setahu aku, DeahanMinguk bermaksud korea selatan. Triplet mempunyai personality mereka yang tersendiri. Abang yang sulung, song daehan, betul-betul bertindak sebagai anak yang sulung. Banyak di paparkan daehan menyuap minuman kepada adiknya, aiskrim malah mengelap mulut adik-adiknya yang comot. Padahal umur mereka hanya berbeza beberapa minit. Daehan memang seorang abang yang baik. Dia juga ada melarang adik-adiknya daripada membuat sesuatu yang bakal mengundang kemarahan ayah mereka. Seterusnya ialah song minguk. Minguk merupakan idola setiap wanita. Sifatnya yang comel sangat menarik perhatian penonton. Abang kepada manse ini juga turut mempunyai sifat abang yang memimpin adik mereka ketika bermain. Song minguk suka bernyanyi apabila hatinya gembira. Sama macam giant..haha..dan yang terakhir ialah song manse. Dia di gambarkan sebagai jiwa bebas oleh ayahnya sendiri. Kenal dengan haha/ha donghoon dari runningman. Begitulah manse. Aku dapat bayangkan satu hari nanti bila diorang besar, semasa manse dalam kesusahan atau menimbulkan masalah, abang-abangnya akan datang membantu.comel kan? Cara didikan song il kook juga tidak kurang hebatnya. Dia merupakan ayah yang tegas tetapi sangat penyabar. Si kembar tiga mempunyai tabiat makan yang cukup besar. Sama seperti ayahnya. Pada awalnya, mereka dilahirkan pra-matang. Tetapi, mereka membesar dengan cepat sekali. Mereka juga takutkan anjing. Tak seperti keluarga superman yang lain.hehe


Family yang baru menyertai the return of superman ialah family um tae woong yang juga merupakan seorang pelakon. Anak perempuannya bernama um ji ohm. Ji ohm tersangat la innonence dan sopan. Comel pun ye. Selain itu, mereka ada memelihara dua ekor anjing. Anjing-anjing itu sudah di anggap seperti ahli keluarga mereka. Rumah mereka di pergunungan. Since family um tae woong masih baru, tak banyak yang aku dapat ceritakan.


Pendapat aku mengenai reality show ini ialah, this is the best reality show. Aku tengok bukan sebab diorang anak retis ke apa. Aku pun tak kenal artis-artis tu. Ye la,budak budak kan tersangat la innocence dan tak banyak drama macam orang dewasa. Cerita ni banyak tunjuk side honest artis dan anak-anak diorang. Aku bagi 5 bintang..haha

No comments:

Post a Comment