Friday, March 6, 2015

Beza blog best dengan blog tak best

Hai bloggers hensem dan comel sekalian..

time menaip ni,dah pukul 8..in the morning..since malas lagi nak buat papercutting,,so..aku berblogging la dulu..eh..tetiba ramai pulak student masuk library ni..rajinnya datang library pagi-pagi..yang lelaki pulak berbaju melayu..biasa la..hari Jumaat..lelaki berbaju Melayu memang sangat menarik..hehe *gelak gatal*..Aku bet ada kelas cikgu buat dalam library ni..

pada 5 dan 6 Mac, (tetiba tukar topik) satu jualan buku telah di adakan di Perpustakaan Najjatul Ilham (tempat aku praktikal)..ada beberapa vendor buku, dan juga gadget yang mengambil bahagian. Aku rasa ada 5 vendor buku je..Aku tak jalan sangat..Malas jalan sorang-sorang..Satu vendor jual buku-buku Melayu yang more towards keagamaan dan motivasi..Dua actually. Satu vendor jual buku-buku rujukan dan diorang ada buat sale novel 50%! 2 vendor lagi jual komik dan novel.

Aku? Aku mulanya berminat nak beli komik..Lepas tu aku bukak playstore nak update whatsapp dan ternampak google book "Catatan Mat Luthfi"..so, aku baca sample dulu..Hilarious gila..Aku pun pi la tanya dua vendor yang jual buku melayu tu...Dua-dua sold out..Hampeh..


OK..Let's start

Aku suka blogwalking. Dari blog yang aku selalu bukak sampai la blog yang aku terbukak..Kadang-kadang tu aku duk cari info, aku ter masuk la blog-blog ni. Jadi dari pemerhatian aku tu, aku dapat la simpulkan beberapa tanda yang menunjukkan blog tu best or tak..

Lepas baca satu post, nak baca yang lain pulak

Biasanya kalau korang stuck kat satu blog, baca artikel dalam tu, then bila dah habis baca kan.. Korang ada dua option la lepas tu. Baca post lain or pi bukak blog orang lain pulak. Kalau korang baca post seterusnya dan korang stuck kat situ berjam lamanya, itu tandanya korang nak mampus! Eh tak tak, itu tandanya blog tu best. Tapi kalau korang nak cari info dan bila dah terbaca post tu, lepas tu terus korang close tab dan bukak site lain pulak..Tu makna nya blog tu tak best biasa-biasa saja..

Bagi cadangan dekat pembaca

Ada sesetengah blog yang aku singgah, dekat bawah tu dia ada bagi cadangan dekat pembaca. The other post yang mungkin related atau pun post lain dalam blog tu. Well, aku suka. Sebab aku tak payah nak tengok tepi belah kanan untuk bukak post baru. Tapi kalau lah blog tu tak menyediakan cadangan, tu tak bermaksud blog tu tak best ka apa. Cuma kurang rencah la.. Sebab tu akan membuat pembaca terus blah dari blog tu.

Rajin.Multimedia
Blog yang best adalah blog yang blogger nya rajin. Dia rajin buat research, letak link, gambaq, video, bold, strike dan yang seumpama dengannya. Pastu dia suka balas komen pembaca. Walaupun pendek-pendek. Aku tak rajin. Gambaq pun aku malas nak bubuh. Maknanya blog aku ni tak best lah..huhu..

komen
simple ja yang ni..

Blog best= yang komen tu dari golongan pembaca, peminat, blogwalker. Pendek kata depa memang komen pasal post tu.

Blog tak kurang best= Yang komen tu dari golongan wargenegara Indonesia nak scam, spammers, orang nak ajak buat MLM, letak link p***o,anon yang selalu komen "first", dan lain-lain yang tak dak kena mengena dengan post..

Pemerhatian aku la kan, blogger yang taip sendiri post dia cenderung menjadi blogger yang best berbanding blogger yang just copy dan paste post tu..

Well, originality tu penting..

Sekian...

No comments:

Post a Comment