Thursday, January 8, 2026

solat dalam dorm (sodorm)

pelik pulak singkatan sodorm tu. tapi ni lah singkatan yang kami gunakan untuk ayat solat dalam dorm. dulu kat asrama rule dia kena solat dalam surau. tak boleh solat dalam dorm. tapi kami biasa la,rebel. solat jugak dalam dorm. dorm pulak dorm paling luas kat asrama. pastu bila pindah asrama, kami dapat dorm sempit. malas nak turun surau, kami jadikan bilik hujung (aku tak pasti bilik apa) macam bilik simpan barang cleaner pun ada, macam bilik letak box eletrik pun ada. tapi yang pasti , bilik tu kami gunakan sebagai bilik lepak kami. sambil buat homework, sambil solat. allah, aku dah makin kurang ingatan bab ni. aku bukan nak cerita pasal memory ni sebenarnya. tapi pasal mimpi aku tadi. aku mimpi kami ramai2 solat dalam dorm. waktu tu hari jumaat. dalam mimpi aku tu kami sepatutnya solat di surau/masjid. tapi kami memilih untuk tak pergi. dan solat dalam dorm sahaja. pastu tetiba ada orang ketuk pintu kuat gila. macam nak roboh pintu. pintu pulak macam pintu bilik air yang plastik tu. aku punya la tahan pintu tu tak bagi terbukak. lepas tu aku terus cari telekung sebab nak solat. time tu la aku tak jumpa telekung aku dalam banyak2 telekung tu. rupanya member aku terpakai telekung aku. time tu rasa stress gila lah mencari telekung. waktu aku tengah pastikan betul atau tak tu telekung aku, handphone aku berbunyi. ada orang call da...maka aku pun terjaga